Loading...

Sathia akui Myanmar mantap

Loading...
Sathia akui Myanmar mantap - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sathia akui Myanmar mantap, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sathia akui Myanmar mantap
link : Sathia akui Myanmar mantap

Baca juga


Sathia akui Myanmar mantap



ARKIB : 22/08/2007

Oleh AMRAN MULUP

SHAH ALAM – Jurulatih Malaysia, B. Sathianathan mengakui betapa penyandang juara, Myanmar adalah pasukan yang cukup mantap selain dibarisi pemain berpengalaman walaupun pasukan itu sekadar menewaskan Lesotho 1-0 kelmarin.

Menurut beliau, melihat kelincahan barisan Myanmar yang dilatih jurulatih berpengalaman Marcos Antonio Falopa, membayangkan skuad kebangsaan akan berdepan tentangan paling sengit apabila mengharungi saingan kedua esok.

‘‘Saya mengharapkan semua pemain dapat pulih daripada keletihan selepas mengharungi penerbangan 23 jam dari Slovakia dan jika mereka dapat semula tenaga saya yakin kita akan memberikan persembahan lebih mantap berbanding ketika menang 2-0 ke atas Laos.

‘‘Saya akui pemain tidak bermain secergas dan sepantas sewaktu menjalani latihan dan mengharungi empat perlawanan persahabatan di Slovakia selama dua minggu dan saya harap mereka pulih dan kita dapat menyekat Myanmar daripada mengukir kemenangan malam esok (malam ini),” ujar.

Pada kejohanan yang sama tahun lalu skuad yang dibimbing oleh jurulatih Norizan Bakar tewas 2-1 kepada Myanmar yang menyaksikan kita gagal menempah tempat ke perlawanan akhir.

Sathianathan berkata, beliau akan menggandingkan barisan yang sama termasuk menurunkan tiga pemain senior Norhafiz Zamani Misbah, Mohd. Shukor Adan dan V. Thirumurugan dalam kesebelasan utama.

Lebih melegakan jurulatih itu dengan perkhabaran gembira tanpa ada seorang pemain utama ditimpa kecederaan yang serius memberikan kelegaan untuk mengekalkan barisan palaing mantap melayani kelincahan pemain Myanmar.

Malaysia yang dalam persiapan rapi menghadapi Sukan Sea di Korat, Thailand Disember ini memulakan kempen pertama dalam Kumpulan A apabila menewaskan Laos 2-0 menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-31 dan Mohd. Shukor pada minit ke-53.

Sathiananthan mengharapkan kesebelasan utama yang akan diturunkan malam ini akan dapat mempamerkan corak permainan pantas seperti mana mereka menjalani latihan di Slovakia selama dua minggu.

‘‘Jika pemain dapat mempamerkan aksi seperti di Slovakia, saya yakin peluang kita untuk menewaskan Myanmar adalah cerah,” ujarnya lagi.

Biarpun menyedari saingan sengit yang akan diberikan oleh Myanmar jurulatih itu tetap yakin anak didiknya mampu memberikan saingan paling menarik.

Sathianathan tidak mahu pemainnya mensia-siakan peluang tercipta di depan pintu gol seperti mana yang dilihat sewaktu menentang Laos.

Ujarnya, skuad kebangsaan memperoleh banyak peluang mencipta jaringan tetapi malangnya gandingan serangan Safee dan Azi Shahril Azmi gagal menyempurnakan peluang yang terhidang.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2yHG92k
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Sathia akui Myanmar mantap

Itulah artikel Sathia akui Myanmar mantap Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sathia akui Myanmar mantap dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/sathia-akui-myanmar-mantap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sathia akui Myanmar mantap"

Catat Ulasan

Loading...