Loading...
Tajuk : Remaja kita berpesta gol
link : Remaja kita berpesta gol
Remaja kita berpesta gol
ARKIB : 22/08/2007
KUALA LUMPUR – Malaysia membuka kempen Kejohanan Bawah 17 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dengan berpesta gol apabila membelasah Brunei 7-0 di Stadium Olimpik Kebangsaan, Phnom Penh, Kemboja, semalam.
Skuad remaja bimbingan Aminuddin Hussin ini melonjak ke tempat kedua Kumpulan A di belakang Indonesia yang mengumpul empat mata selepas dua perlawanan termasuk diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah.
Sepanjang babak pertama, Malaysia bagaimanapun cuma mampu beroleh satu gol menerusi Mohd. Hakim Zainal yang menanduk umpanan lintang D. Saarvindran pada minit ke-23.
Enam lagi jaringan dilakukan oleh Saarvindran (minit ke-52), Saiful Riduwan (ke-59), Mohd. Aminuddin Mohd. Samki (ke-72 dan 90), Mohamad Fandi Othman (ke-82) dan Idris Zohran (ke-88).
“Saya berpuas hati dengan kemenangan ini walaupun persembahan tidak menepati jangkaan kerana pemain sepatutnya tahu bagaimana untuk bertindak tepat pada masanya.
“Kami baru melepasi perlawanan sulung dan kami tidak mahu memikirkan Indonesia, lawan berikutnya yang pasti bukan mudah untuk dihadapi,” kata Aminuddin.
Kata jurulatih Brunei, Kwon Soon Oh berkata, pemainnya kurang cergas dan berstamina rendah yang cuma mampu dipertahankan dalam babak pertama.
Kelmarin, Kemboja turut kalah 3-2 kepada Thailand dalam perlawanan pembukaan kumpulan walaupun menguasai perlawanan dan mendapat sokongan 20,000 penonton sendiri.
Thailand menduduki tempat ketiga kumpulan dengan mengumpul tiga mata diikuti oleh Kemboja yang meraih satu manakala Brunei tanpa sebarang mata di tangga kelima
SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2g6D7t2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Remaja kita berpesta gol
Itulah artikel Remaja kita berpesta gol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Remaja kita berpesta gol dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/remaja-kita-berpesta-gol.html
0 Response to "Remaja kita berpesta gol"
Catat Ulasan