Loading...

The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab

Loading...
The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab
link : The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab

Baca juga


The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyerahkan surat tunjuk sebab kepada akhbar The Star berhubung penyiaran muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas yang bertajuk "Malaysian Terrorist Leader" disertai gambar umat Islam sedang solat tarawih.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata akhbar itu diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab surat tersebut mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, termasuk digantung permit penerbitan.

Menurutnya KDN amat dukacita dengan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan berita berkenaan.

"Dan sangat tidak sesuai untuk disiarkan pada halaman yang sama kerana ia mengelirukan, menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap umat Islam yang mungkin akan dikaitkan dengan keganasan," katanya.

Alwi dalam satu kenyataan hari ini berkata ia juga secara tidak langsung mempersendakan agama Islam.

Empat wakil pengurusan akhbar berbahasa Inggeris itu dilihat memasuki bangunan KDN di sini pada kira-kira 10.50 pagi dan meninggalkan premis berkenaan kira-kira sejam kemudian untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu ekoran tindakan KDN memanggil ketua editor The Star.

Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.

The Star telah membuat permohonan maaf atas perkara tersebut semalam.

Menurut akhbar tersebut, adalah menjadi amalannya menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan kerana menghormati bulan mulia itu.

Alwi dalam kenyataannya juga mengingatkan semua akhbar untuk bersama-sama memastikan kandungan penerbitan tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara," kata Alwi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rffjdE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab

Itulah artikel The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/the-star-diberi-tempoh-tujuh-hari-jawab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab"

Catat Ulasan

Loading...