Tajuk : US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia
link : US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia
US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia
US Dollar bergelut di dalam dagangan pada Isnin apabila berlegar dalam dagangan terendah dalam tempoh enam bulan berbanding dengan matawang utama yang lain apabila pelabur menilai kesan ketidaktentuan masalah politik di AS dan kebangkitan matawang Euro.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Jumaat. Bagaimanapun, ia masih berlegar dalam nilai paling rendah sejak 9 November.
Pelabur di Asia juga terus memantau keadaan di Semenanjung Korea selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke perairan pantai timur pada Ahad iaitu ujian kali kedua dalam tempoh seminggu.
Pyonyang juga berkata pada Isnin bahawa mereka telah berjaya untuk menguji perantaraan jarak peluru berpandu balistik apabila ujian tersebut menunjukkan kemajuan dalam keupayaan untuk mencapai sasaran Amerika Syarikat.
Berbanding matawang Yen, US Dollar melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada 111.43 Yen.
Euro menyusut sebanyak 0.1 peratus kepada $1,196 selepas meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan kepada $4,1212 pada Jumaat.
Peningkatan ekonomi di Zon Euro telah meningkatkan jangkaan pasaran terhadap keputusan dasar oleh Bank Pusat Eropah yang dijangka akan lebih dovish di dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan yang akan datang.
Pada masa yang sama, Presiden Donald Trump juga dalam perjalanan ke Timur Tengah sambil meninggalkan drama politik di Washington yang dikatakan boleh menjejaskan janji pentadbiran yang mengandungi pelan pembaharuan cukai dan rangsangan fiskal.
Cadangan bajet Trump dijadual akan berlangsung pada Selasa termasuk potongan Medicaid yang mencadangkan perubahan kepada program bantuan lain termasuk untuk rakyat yang berpendapatan rendah.
Pelabur juga memberi tumpuan kepada prospek kenaikan kadar oleh Fed pada bulan depan.
The post US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qaC3Hd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia
Anda sedang baca artikel US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/us-dollar-bergelut-di-paras-agak-rendah.html
0 Response to "US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia"
Catat Ulasan