Loading...

75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM

Loading...
75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM
link : 75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM

Baca juga


75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet beliau hari ini meraikan kira-kira 75,000 pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di sini. 

Majlis yang bermula pada 10 pagi dan berakhir  4 petang itu turut dihadiri pelancong asing, yang sesetengahnya tiba sejak 9 pagi lagi.

Najib, yang berpakaian Baju Melayu berwarna  merah kejinggaan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang mengenakan Baju Kurung moden, kelihatan begitu ceria menyambut kedatangan dan berjabat tangan dengan para pengunjung ke majlis itu.

Terdahulu, Najib berkata  sambutan terhadap majlis rumah terbuka itu disifatkannya sebagai luar biasa dan menggambarkannya dengan dua perkataan iaitu ‘ramai dan kepelbagaian’.

Beliau berkata Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 adalah acara yang sangat bermakna dan merupakan sambutan yang lengkap di samping memperlihatkan keceriaan yang spontan.

Walaupun Najib dan Rosmah kelihatan agak keletihan setelah meraikan begitu banyak tetamu yang berkunjung ke kediaman rasmi beliau itu, namun mereka tetap memberikan layanan dengan penuh kemesraan.

Pada 3 petang, Najib dan  Rosmah serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memotong kek Aidilfitri pada majlis rumah terbuka itu.

Najib dan isteri turut memeriahkan lagi suasana dengan menyanyikan dua buah lagu raya.

Para tetamu memberi tepukan gemuruh apabila perdana menteri dan isteri mendendangkan lagu ‘Anak Kampung’ nyanyian artis kelahiran Sabah, Jimmy Palikat.

Cuaca panas hari ini tidak menghalang orang ramai, termasuk pelancong asing untuk berpusu-pusu ke majlis itu.

Berikutan ancaman kumpulan militan di negara ini, para pengunjung ke majlis rumah terbuka itu dikenakan saringan keselamatan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Hadirin disajikan dengan pelbagai juadah tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat, lemang dan rendang serta pelbagai masakan lain.- BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3Foum

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM

Itulah artikel 75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/75000-kunjungi-rumah-terbuka-aidilfitri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM"

Catat Ulasan

Loading...