Loading...

Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau

Loading...
Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau
link : Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau

Baca juga


Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau

PUTRAJAYA – Jemaah haji Malaysia tidak perlu panik dan risau dengan insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidil Haram di Makkah semalam memandangkan petugas keselamatan Tabung Haji akan memantau pergerakan mereka ketika menunaikan ibadah suci itu tidak lama lagi.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jemaah haji hanya perlu mendengar nasihat dan arahan diberikan petugas haji bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.

“Saya percaya jemaah akan ikut nasihat seperti dilakukan sebelum ini. Apa yang berlaku memang membimbangkan jemaah haji dan keluarga mereka.

“Jemaah perlu tenang dengan apa yang berlaku. Tidak perlu panik, risau. Pasukan keselamatan akan pantau pergerakan jemaah di kawasan ibadat. Malah saya sendiri akan berada di sana insya-Allah,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri hari ini.

Insiden serangan bom berani mati itu mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi. Kementerian Luar semalam mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden itu.

Penerbangan pertama jemaah haji dijadual berlepas pada 24 Julai, manakala penerbangan terakhir pada 25 Ogos di lapan buah lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Seramai 30,200 jemaah akan menunaikan ibadat haji bermula Julai ini. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5y3wU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau

Itulah artikel Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/serangan-di-makkah-jemaah-haji-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Serangan Di Makkah: Jemaah Haji Tak Perlu Risau"

Catat Ulasan

Loading...