Loading...

Air Mata Duka Bekas Guru

Loading...
Air Mata Duka Bekas Guru - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Air Mata Duka Bekas Guru, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Air Mata Duka Bekas Guru
link : Air Mata Duka Bekas Guru

Baca juga


Air Mata Duka Bekas Guru

KOTA KINABALU – Bekas guru wanita di sebuah sekolah swasta menangis selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas tertuduh didapati bersalah mengedar syabu seberat 959.5 gram (g) pada 2013.

Hakim Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhailah Abdullah, 44, selepas berpuas hati apabila pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Suhailah yang memakai baju kurung berwarna coklat dan tudung labuh hitam kelihatan tenang di kandang tertuduh ketika hukuman dibacakan.

Bagaimanapun, sebaik tertuduh keluar dari pintu mahkamah, Suhailah kelihatan sebak sebelum ditenangkan peguam belanya, Datuk Seri Rakhbir Singh.

Mengikut pertuduhan, Suhailah dituduh mengedar syabu seberat 959.5g di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, jam 11.50 pagi pada 27 Mei 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mac 2015, pertuduhan dipinda kepada hukuman lebih ringan dan Suhailah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan.

Pertuduhan dipinda mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) (r) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan rotan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tertuduh dan pada 18 Julai 2016, Mahkamah Rayuan mengarahkan kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk tertuduh membela diri daripada pertuduhan asal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.

Sementara itu, Rakhbir ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan. – myMetro Online

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMeFCQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Air Mata Duka Bekas Guru

Itulah artikel Air Mata Duka Bekas Guru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Air Mata Duka Bekas Guru dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/air-mata-duka-bekas-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Air Mata Duka Bekas Guru"

Catat Ulasan

Loading...