Loading...

Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok

Loading...
Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok
link : Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok

Baca juga


Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok

NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana menjual zakar biawak menerusi laman jualan atas talian dengan menamakan anggota tubuh haiwan eksotik itu sebagai akar pokok nadir.

Media India melaporkan, suspek warga tempatan itu dipercayai memperdagangkan batang kemaluan daripada spesies cicak gergasi tersebut yang turut dikenali sebagai monitor lizard atau nama saintifiknya Varanus varius.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kalki Krishnan mendakwa objek yang dijualnya itu konon boleh membawa tuah kepada pembelinya, menurut pegawai Jabatan Perhutanan India yang dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Berita penangkapan suspek itu muncul selepas beberapa hari pihak penyiasat India dan British dalam kenyataan bersama mengesahkan penemuan sindiket penipuan perniagaan Internet yang jual anggota sulit biawak tersebut.

Produk ajaib itu dirujuk sebagai Hatha Jodi dan suspek ditahan di negeri Madhya Pradesh. Cicak gergasi tersebut merupakan spesies haiwan terancam yang dilindungi oleh pihak kerajaan di bawah Akta Hidupan Liar India.

“Kami buat banyak rampasan dan hantar zakar biawak ini terus kepada makmal awam untuk ujian lanjut. Kami akan dapat perintah mahkamah untuk tahan suspek bagi menjalani siasatan,” kata pegawai perhutanan, H.V Girish.

Selain anggota kemaluan, bebarapa item dipercayai daripada binatang buas yang lain turut disita daripada Kalki, kata jurucakap Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar India kepada akhbar berpengaruh The Hindustan Times.

Harga ditawarkan adalah pelbagai daripada serendah 387 rupee kepada 4,063 rupee (kira-kira RM26 sehingga RM270) bagi pembelian dalam India manakala 16,382 rupee (sekitar RM1,090) untuk tempahan dari luar negara.

“Cicak gergasi ini dipercayai ditangkap secara haram dari kawasan hutan tebal, kemungkinan dengan menggunakan perangkap atau jerat buatan sendiri. Ada yang dipotong kerongkong atau tengkorak dihancurkan.

“Ini untuk membolehkan alat kelamin haiwan tersebut dapat dikeluarkan untuk digunakan sebagai Hatha Jodi,” kata Neil D’Cruze dari Badan Perlindungan Haiwan Dunia dalam satu kenyataan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLX0eE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok

Itulah artikel Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/peniaga-online-jual-zakar-biawak-tuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peniaga Online Jual Zakar Biawak Tuah Sebagai Akar Pokok"

Catat Ulasan

Loading...