Loading...

Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata!

Loading...
Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata!
link : Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata!

Baca juga


Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata!

Tiada pasangan sempurna wujud  di muka bumi ini, kecuali mereka yang berumah tangga atas landasan iman, dengan bahtera ketakwaan menuju jalan kebahagiaan yang diredhai-Nya. Namun kalau ikutkan aura wanita bergelar isteri memang hebat, semua benda boleh handle sendiri.

Malah dalam sibuk mencari rezeki, ada wanita mampu uruskan hal rumah tangga dengan lebih teratur. Nak tahu lebih kuasa wanita, baca perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh ini...

Wanita. Ajaib. Sungguh!

Usah ceritalah kehebatan mereka waktu membawa perut selama 9 bulan 10 hari. Tak perlu cerita hal itu.

Usah ceritalah keajaiban mereka menahan sakit demi melahirkan anak-anak kita. Tahun ini katanya serik, tahun depan mengandung lagi. Usah cerita hal itu.

Cukup kita bercerita seputar di bulan Ramadhan sahaja. Itu pun keajaiban mereka tidak terkira.

Anak-anak penuh diriba. Yang menyusu pun ada juga. Yang tengah demam, yang sakit itu biasa. Tapi dengan tenang mereka hadapi semua. Sedangkan mereka juga berpuasa!

Sedang si suami ralit mengeteh diluar, sang isteri berperang di rumah. Anak itu sakit perut, anak ini nak menyusu, yang lagi seorang pula minta basuhkan berak. Satu persatu dihadap tanpa keluh kesah. Siang berpuasa, malah malamnya terawikh tidak ditinggalkan.

Penat? Memang.

Mengeluh? Jarang.

Itukan keajaiban.

Si suami pulang jam 1 pagi. Anak-anak semua tidur elok dah. Diselimutkan anak, yang menyusu botol, botol susu dah tersedia. Hanya tunggu anak meminta sahaja. Malahan, tempat tidur suami tersusun rapi. Bantal dan selimut elok kemas disisi.

Pukul 5 pagi, suami dikejutkan. Masuk ke dapur, semua dah tersedia. Yang masak sendiri ada, yang panaskan pun ada juga. Air teh masih berasap. Air kosong juga dah digelas. Nasi elok dah dipinggan. Hanya menunggu si suami makan.

Pukul berapa makhluk ajaib itu bangun dan sediakan semua ini? 😱

Anak yang kecil turut bangun sama. Sambil meriba, dia menyuap dirinya. Bersahur katanya. Si suami selepas makan pinggan ditinggalkan. Keluar ke beranda, menyucuh rokok. Sedang makhluk ajaib itu masih didapur berperang lagi.

Membersihkan apa yang patut, membuang sisa makanan. Ajaib mereka tidak terkata. Seolah tenaga tiada putusnya.

Selepas solat Subuh, si suami sambung tidur. Si isteri membasuh baju pula. Jemur dan lipat sedang suami masih berdengkur. Satu-persatu anak-anak mulai bangun, dia persiapkan. Mandi, makan dan pakai, semuanya dia urus seorang. Suami kan masih di peraduan!

Dalam sibuk, dalam kalut si isteri masih mampu membelek sehelai dua ayat Quran. Sayang katanya; inikan Ramadhan. Entah jumpa entah tidak tahun depan. Eloklah diambil semua peluang.

Selepas Asar dia masuk berperang lagi didapur. Memasak masakan permintaan suami yang mengidam. Peluh menitis bermain api. Dahaga tekak didiamkan sahaja. Kan puasa!

Begitulah rutin sehari-hari. Hampir menjelang raya, makin ajaib kaum wanita. Yang pandai menjahit, menjahitlah mereka. Yang pandai membuat kuih, mem'baking'lah mereka. Sedang tugasan lain tidak pernah terkecuali.

Itu semua ajaib wahai kaum Adam. Kita sahaja tidak perasan.

Maka, jika raya ini puan isteri minta kain baju yang sedikit elok dan mahal, jangan dimarah. Cubalah penuhi sekadar mampu.

Tidak tertulis segala pengorbanan mereka. Usah cerita pengorbanan besar sepanjang usia. Cukup perihal keajaiban mereka dibulan puasa.

Sesekali, gembirakanlah mereka. Sesekali, penuhilah hasrat dan impian mereka. Apa salahnya? Entah berapa banyak keajaiban yang mereka cipta. Maka, angguk la sekali sekala.

Hakikatnya, apa yang ada didepan mata jarang kita rasa berharga. Payah kita nak hargai segala pengorbanan dan jasa. Bila hilang, bila tiada lagi disisi, saat itu semuanya menerpa minda. Jangan sampai sesal dihari muka.

Wanita. Teruslah ajaib. Kerana ajaib dan kalian berpisah tiada.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTknVQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata!

Itulah artikel Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ajaibnya-kuasa-seorang-mak-mak-semua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ajaibnya Kuasa Seorang Mak-mak, Semua Benda Ini Boleh Teratur Sekelip Mata!"

Catat Ulasan

Loading...