Loading...

Si Pandai Yang Dibuli

Loading...
Si Pandai Yang Dibuli - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Si Pandai Yang Dibuli, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Si Pandai Yang Dibuli
link : Si Pandai Yang Dibuli

Baca juga


Si Pandai Yang Dibuli

Si Pandai Yang Dibuli

Assalamualaikum readers. Hari ni aku nak cerita tentang kawan aku yg genius tapi dibuli. Dibuli macam mana? Dibuli secara mental dan fizikal? Dimana dia dibuli? Apa kesannya terhadap dia? Ok aku cerita dari mula ya.

Al kisahnya aku ada tiga orang kawan baik waktu aku sekolah rendah. Kami tubuhkan group yg diberi nama Dreams yang bermaksud mimpi2. Kenapa mimpi? Sebab kami memasang impian/cita2/mimpi untuk menjadi orang yg berjaya bila kami dah besar nanti. Basically, ada yang nak jadi scientist, pilot, cikgu dan doktor. Alhamdulillah, secara pelajaran kami semua baik2 saja dan kami semua memang into studies and sports.

Aku lanjutkan cerita tentang small group aku ni. Group Dreams terdiri dari 4 orang. 1) Aku Sephia. 2) Awie 3) Asiah 4) Naswin. Antara 4 orang ni, yang paling genius adalah Naswin. Ya, Naswin memang pandai. Dia top scorer di sekolah, susah nak beat dia pada waktu itu selalu exam dialah no 1. Haha. UPSR dia 5A. Dan dengan keputusan UPSR dia tu, dia masuk sekolah asrama. Antara sekolah yg terbaik di KL. Dia masuk sekolah asrama dengan Asiah. Aku dan Awie hanya masuk ke sekolah menengah harian yg dekat dengan perumahan kami sebab kami taknak duduk asrama. Hehe. Disebabkan perwatakan Naswin sebagai lelaki yg sedikit lembut dan bersuara lembut juga, aku dan Awie lega sebab harap2 ada Asiah yg boleh tengok2kan Naswin just in case something happen. Yelah, kalau di sekolah rendah dulu if ada orang ejek2 suara Naswin, kami bertigalah yang tukang backup Naswin.

Sejarah hitam untuk Naswin bermula di Sekolah Asrama KL ni. Naswin dibuli setiap hari. Disebabkan dia lembut, Naswin disuruh buat benda yg bukan2 kepada senior. Benda yg tak senonoh lah senang cerita. Dan dia diejek sebab suara dan kelembutannya dan perkara ni berlaku hampir setiap hari. Asiah cerita benda ni pada aku dan Awie. Tapi kami tak boleh bantu Naswin sangat time tu sebab kami yelah tak selalu jumpa Naswin dan dia pun dah start jarang lepak dengan group Dreams semenjak kena buli. Asiah ada tolong marah/bagi warning dekat classmate yg cuba nak ejek Naswin dalam kelas. Tapi , itu dalam kelas. Kalau kt asrama? Naswin still dibuli jugak. Naswin dah start murung waktu ni tapi disebabkan dia pandai, alhamdulillah dia dapat jugak 8A untuk PMR . Berbekalkan result PMR dia yg cemerlang, antara yg terbaik di KL, Dia pun dapat masuk MRSM. Naswin nak sangat pindah MRSM sebab tak tahan kena buli dekat sekolah asrama tu.

Naswin pun pindah ke MRSM yg dia dapat tu, MRSM tu 2jam++ je dari KL so parents Naswin tak keberatan. Asiah stay sekolah kt KL, so Asiah akan tanya keadaan Naswin every weekend. Sadly, di MRSM, Naswin dibuli.Buli dari perkataan dan perbuatan tak senonoh. Kalau fizikal tu adalah lempang or penumbuk tapi ini jarang2. Aku tak dapat cerita dengan detail sebab memang Naswin tak cerita secara detail pun cara dia dibuli. Dia hanya cerita surface of the story je. Naswin pun time ni dah banyak bawa diri sendiri. Jarang balik kl. Atau dia balik kl tapi tak bgtau kitaorang. Something like that. Dia banyak curhat dekat Asiah je tapi tidak pada Aku dan Awie.

Disebalik kebijakan Naswin, kemurungan dia makin menjadi2. Tapi dia fight, dia tetap belajar dengan bijak (study smart), dan SPM dapat 8A 1B. Dengan result macam tu Naswin apply untuk pergi belajar luar negara. Dia nak lari dari orang2 jahat yg ada disekeliling dia (pembuli2 tu semua). Tapi sudah suratan takdir, Naswin tak dapat tawaran belajar ke luar negara. Mungkin sebab dia ada 1B. B tu subject English kalau tak salah aku. Yelah orang lain straight As kan. Maybe lah. So Naswin teruskan pengajian tinggi dia di Universiti Awam yg terkemuka.

Aku, Awie dan Asiah ada yg masuk IPTA dan ada yg masuk Asasi. Di universiti tu, Naswin mula tak masuk kuliah sangat dan mula tak perform. Dia rupanya tertekan sebab tak dapat pergi belajar di overseas. Dia nak sangat lari dari pembuli2 dan keluarga dia. Dia nak menyendiri. Tapi dia tak dapat terima kenyataan dia tak dapat offer ke luar negara tu. So dia depressed dan hampir bunuh diri. Dia pernah ada cubaan untuk kelar tangan dia sendiri dekat urat nadi tu. Tapi tak menjadi. Dia just hiris2 dulu tangan dia and waktu tu tiba2 ada famili dia yg masuk bilik dia dan dia pun batalkan niat dia tu.

Pernah bila kami lepak tu, kami nampak kesan luka di pergelangan tangan Naswin. Kami saling berpandangan. Dan aku ingat lagi, ada satu masa kami lepak di restoran, Naswin pergi toilet dan tertinggal bungkusan atas meja makan. Kami pun bukak bungkusan tu dan lihat ada pil2 . Ada 2 jenis. Kami tulis nama ubat tu dan cari di internet. Ternyata ubat tu related dengan depression. So dari situ kami tahu kalau Naswin ni betul2 seriously depressed tapi kami tak dapat tolong banyak sebab masing2 busy belajar. Uni pun jauh2 semua so jarang lepak. Nak tahu tak Naswin, kalau kau baca ni.. Aku nak kau tahu yang kitaorang menyesal sangat sebab tak cuba bantu kau dengan sungguh2. Kitaorang dah mula busy dengan studies masa tu Win. Maafkan kami Win. (Win =Naswin).

Walaupun Naswin makan ubat2 tu semua dan consult dengan doktor, tetap jugak tak dapat nak pulihkan dia dalam masa yg singkat. Kuliah still have to be continued as usual. Dalam masa yg sama dia dah mengumpul segala murung dan perasaan sedih yg selama terkumpul dari sekolah rendah. Dia dah cuba fight perasaan dia dan ini dibuktikan dengan pencapaian exam dia. Dan dia pulak dah menaruh harapan 100% untuk program belajar luar negara tu so dia still tak boleh accept fakta tu. Dan pada exam semester pertama, pointer dia teruk. Ye, pointer dia hanyalah 2.00+ . Dia diberi amaran oleh dekan dan dia pun cerita tentang masalah dia. So dekan kasi peluang untuk the next semester .

Pada next semester, pointer Naswin 0.00. Dia tak masuk exam langsung sebab dia dah di puncak kemurungan. Benda yang sama berlaku. Apasal lah orang mesti nak ejek kelembutan dia dan suara dia? Aku tak faham. Dia akhirnya samada dibuang/berhenti dari universiti tu. Aku tak pasti part ni. Dekan dah tak dapat bagi peluang lagi. Semenjak dari itu, ahli group Dreams tak dapat jumpa Naswin lagi. Dia betul2 menghilangkan diri. Rumah dia pun tak dihuni lagi. Dia pindah tak bagitahu kami. Memang lost contact 100%. Sampai sekarang dah 2017, kami masih tak tahu di mana Naswin berada. Semoga dia baik2 saja hendaknya.

Naswin adalah harapan keluarga. Aku tidak tahu macam mana penerimaan keluarga dia tentang Naswin. Aku minta maaf Naswin sebab tak bantu kau sangat. Masa tu aku bodoh sebab tak tahu betapa bahayanya depresi/kemurungan. Aku, Asiah dan Awie minta maaf sangat sangat. Kami rindu pada kau Win. Please kembali. We miss u so much.

Akhir kata, Sebagai manusia yg berakal dan beragama, janganlah kita membuli orang lain dari segi fizikal ataupun mental. Kedua2nya boleh memberi impak yg teruk kepada mangsa. Impak bukan kepada mangsa saja, malah keluarga mangsa juga. Contoh lain kes pelajar IPTA meninggal dunia ada kesan setrika tu, beri kesan kepada keluarga dia sekali kan? Sedarlah wahai pembuli. Kekerasan bukan tanda keberanian. Wahai pembuli, bertaubatlah. Tak keterlaluan aku cakap, negara kita pun boleh kehilangan orang2 baik, berguna dan pandai akibat kes buli ni. Samada orang2 ni murung atau worst, meninggal dunia. Jadi tolonglah hentikan budaya membuli. Dalam cerita aku ni, siapa yang dah buli Naswin, masing2 ada saham dosa. Kau pergi minta maaflah pada Naswin dan mohonlah ampun pada Allah . Semoga Allah melindungi keluarga dan anak2 kita dari pembuli2 dan orang yang berniat jahat. Aamiin.

Dreams Missing You

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssDKCk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Si Pandai Yang Dibuli

Itulah artikel Si Pandai Yang Dibuli Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Si Pandai Yang Dibuli dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/si-pandai-yang-dibuli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Si Pandai Yang Dibuli"

Catat Ulasan

Loading...