Loading...

Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka

Loading...
Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka
link : Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka

Baca juga


Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka

 ZIKRI ABDULLAH

Mohd Adnan Abdullah
Aktivis R Mohamad Adnan Abdullah meninggal dalam kemalangan di Wakaf Bharu sejurus sebelum berbuka puasa  semalam.

Beliau yang dikenali melalui akaun facebook nya Adnan KGT dan dipanggil Mat Dobil oleh kawan-kawannya merupakan kakitangan Kelantan Gold Trade syarikat milik kerajaan negeri yang mengeluarkan dinar mas.

Jenazahnya dikebumikan malam tadi  selepas upacara solat jenazah disempurnakan di hospital Tumpat.

Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya melahirkan rasa terkejut dengan kehilangan beliau.

"Petang ini dikejutkan dengan kematian pejuang muda berprinsip, jujur dan beristiqamah dalam mengenal benar dan salah, saudara Adnan dari Tumpat.

"Sekalipun beliau masih lagi staf agensi kerajaan negeri Kelantan iaitu KGT yang menguruskan perniagaan dinar dan dirham, tetapi tetap bersama mahu melihat wujudnya sebuah kerajaan alternatif yang lebih cekap, telus, maju dan berkebajikan di Kelantan," katanya.

Menurut Husam, sekitar dua minggu yang lalu Allahyarham menunjukkan keberaniannya dengan mempengerusikan satu majlis terbuka anjuran Amanah di Tumpat.

"Saya acap kehilangan teman yang setia, jujur dan baik.

"Ia satu kesedihan, tetapi mengingat insan kerdil ini meninggal ketika sedang berpuasa Ramadan, kami berharap ia sebuah kurnia yang mahal untuk insan yang bertuah," katanya.

Harapan tinggi mengiringi pemergiannya kata Husam meringankan kesedihan sekelian rakan-rakan yang mengiringi pemergian saudara Adnan.



Thus Article Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka

Itulah artikel Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/aktivis-r-mohamad-meninggal-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aktivis R Mohamad meninggal dalam kemalangan sebelum berbuka"

Catat Ulasan

Loading...