Loading...
Tajuk : Lelaki Parah Tong Petrol Meletup
link : Lelaki Parah Tong Petrol Meletup
Lelaki Parah Tong Petrol Meletup
BAGAN SERAI: Tubuh seorang lelaki melecur teruk selepas tong berisi petrol berhampirannya meletup, dipercayai akibat perbuatan mangsa menyalakan api rokok berhampiran tong berkenaan.
Dalam kejadian di Taman Serai Jaya di sini pada kira-kira jam 7.40 malam tadi, tubuh lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai melecur sehingga 70 peratus akibat kejadian itu.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kerian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai kejadian itu.
"Namun saya sudah mengarahkan pegawai penyiasat ke Hospital Parit Buntar untuk menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Beliau berkata, siasatan awal daripada doktor bertugas mengesahkan mangsa yang melecur kini berada dalam keadaan kritikal.
Katanya, berikutan keadaannya yang parah, mangsa dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut.
"Sehingga kini, polis masih belum mengetahui punca sebenar kejadian berikutan mangsa dalam keadaan kritikal dan masih belum boleh disoal siasat.
"Siasatan lanjut akan dijalankan dan pihak polis turut menggesa orang awam yang mengetahui punca kejadian agar tampil menyalurkan maklumat," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siIFJt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lelaki Parah Tong Petrol Meletup
Itulah artikel Lelaki Parah Tong Petrol Meletup Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lelaki Parah Tong Petrol Meletup dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lelaki-parah-tong-petrol-meletup.html
0 Response to "Lelaki Parah Tong Petrol Meletup"
Catat Ulasan