Loading...

APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut

Loading...
APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut
link : APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut

Baca juga


APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melupuskan beberapa bot lamanya untuk dijadikan ‘Sea Basing’ atau pangkalan laut dan tukun tiruan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pangkalan laut berkenaan akan ditempatkan di sekitar Laut China Selatan bagi memantau pergerakan nelayan asing yang membuat aktiviti penangkapan ikan secara haram.

Beliau berkata pelupusan aset lama APMM ini melibatkan beberapa bot APMM yang tidak digunakan lagi dalam operasi yang kini hanya berlabuh di jeti APMM tanpa digerakkan.

“Perkara berkenaan (lupus aset lama) dibuat adalah kerana terdapat permintaan pelbagai pihak yang melihat perkara itu wajar dilaksanakan bagi membendung aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara,” katanya pada sidang akhbar majlis serah terima tugas dan pemakaian pangkat Laksamana Maritim kepada Ketua Pengarah APMM yang baharu, di sini hari ini.

Shahidan berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Pengarah APMM yang baharu iaitu Datuk Zulkifili Abu Bakar dan Zulkifili bersetuju untuk melupuskan aset APMM yang lama.

“Dengan melupuskan aset lama APMM, ia juga antara sebagai langkah untuk menjimatkan kos minyak bot.

“Sebelum pembinaan pangkalan laut APMM akan pastikan aset yang bakal dilupus ini bertahan lama dan sesuai untuk dijadikan pangkalan berkenaan,”katanya.

Sementara itu, Shahidan juga turut memakaikan pangkat ‘Laksamana Maritim’ kepada Zulkifili sebagai Ketua Pengarah APMM yang keempat berkuatkuasa pada 1 Jun lepas.

Perlantikan Zulkifili sebagai Ketua Pengarah adalah bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar yang telah bersara daripada perkhidmatan pada 27 Mei lepas.

Sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah, Zulkifili pernah memegang beberapa jawatan di APMM termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) dan Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah.

Zulkifili berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang Antarabangsa dari Institut Undang-undang Maritim Antarabangsa, Universiti Malta . – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtdlpC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut

Itulah artikel APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/apmm-ubah-aset-lama-kepada-pangkalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut"

Catat Ulasan

Loading...