Loading...

Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah

Loading...
Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah
link : Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah

Baca juga


Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah

RIO DE JANEIRO – Bekas Gabenor Rio de Janeiro dijatuhi hukuman 14 tahun dan dua bulan penjara setelah didapati bersalah atas pertuduhan rasuah dan melakukan pengubahan wang haram, lapor agensi berita China Xinhua.

Hakim Persekutuan Sergio Moro, yang mengendalikan kes rasuah melibatkan syarikat minyak milik negara, Petrobras, turut memerintahkan Sergio Cabral membayar denda sebanyak US$160,000.

Cabral yang ditahan November 2016 lalu, menghadapi beberapa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Beliau merupakan seorang daripada pemimpin yang ditahan dalam beberapa siri skandal rasuah melibatkan pemimpin di negara itu.
“Jenayah yang dilakukan itu adalah sebahagian daripada konteks yang sangat luas…dalam kes ini, Gabenor dan sekutunya secara sistematik menerima peratusan sogokan daripada semua kerja-kerja awam yang dilaksanakan di negeri Rio de Janeiro,” tulis Moro dalam penghakimannya.

Cabral, yang memegang jawatan sebagai Gabenor Rio de Janeiro dari tahun 2007 sehingga 2014, menghadapi sembilan pertuduhan rasuah dan ini adalah sabitan pertama terhadapnya.

Berdasarkan penghakiman, Cabral hanya dibenar memohon pengurangan hukuman setelah beliau mengembalikan semua aset haram yang dimilikinya.

“Tanggungjawab seorang Gabenor negeri adalah sangat besar, begitu juga kesalahannya apabila dia melakukan jenayah. Tidak ada jenayah yang lebih teruk daripada mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan suci yang diberikan oleh rakyat, demi manfaat diri sendiri,” kata Moro.

Bekas Setiausaha Dalam Negeri Rio de Janeiro, Wilson Carlos Carvalho yang juga orang kanan Cabral, turut didapati bersalah kerana rasuah dan dihukum 10 tahun penjara. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9QRbL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah

Itulah artikel Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bekas-gabenor-rio-de-janeiro-dipenjara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas Gabenor Rio De Janeiro Dipenjara Kerana Rasuah"

Catat Ulasan

Loading...