Loading...

Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’

Loading...
Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’
link : Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’

Baca juga


Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kamera Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) bagi memantapkan keberkesanan operasi sepanjang Ops Selamat 11/2017 bermula Ahad ini sehingga 2 Julai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kamera berkenaan mampu mengesan kehadiran kenderaan melalui pengimbasan nombor pendaftaran yang dikehendaki dalam senarai ‘Hotlist’.

Katanya, kamera itu dilengkapi gelung maya dan penataan infra merah yang membolehkan nombor pendaftaran dilihat lebih jelas.

“Alat ini efektif dan berjaya meningkatkan kutipan saman semasa operasi saman tertunggak warga asing serta beberapa siri tangkapan kes-kes pendaftaran palsu, kenderaan klon dan cukai jalan palsu,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 di Menara TM di sini, hari ini.

Khalid berkata polis turut menubuhkan empat subtek (pusat operasi) di empat zon utama negara bagi membantu kelancaran operasi sepanjang Ops Selamat.

Katanya, empat subtek berkenaan dibahagikan kepada Zon Utara di Sekolah Latihan Asas Sungai Petani, Kedah; Zon Tengah di Batalion (Bn) 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak; Zon Selatan di Bn 6 PGA Bakri, Muar, Johor dan Zon Timur di Bn 7 PGA Bukit Galing, Kuantan, Pahang.

“Ops Perangkap Had Laju juga dilaksanakan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan antara kesalahan utama pemandu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit,” kata Khalid.

Beliau berkata orang ramai diminta mengisi Borang Cuti Balik Kampung yang boleh dimuat naik di portal rasmi PDRM bagi membendung kegiatan jenayah.

“Oang awam juga boleh mendapatkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di App Store dan Google Playstore untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis secara tepat menggunakan telefon pintar,” katanya.

Ops Selamat bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ itu turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PLUS, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9P6v6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’

Itulah artikel Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ops-selamat-11-pdrm-guna-kamera-icops.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ops Selamat 11: PDRM Guna Kamera ‘iCOPS’"

Catat Ulasan

Loading...