Loading...
Tajuk : Belalai air cetus suasana panik di Labuan
link : Belalai air cetus suasana panik di Labuan
Belalai air cetus suasana panik di Labuan
ANTARAPOS.COMLABUAN: Fenomena belalai air yang terbentuk di perairan Labuan hari ini menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk di pulau bebas cukai ini.
Kejadian itu berlaku tidak sampai 10 minit, namun ia cukup untuk menimbulkan rasa takut di kalangan beberapa penduduk pulau berkenaan.
Belalai air itu terbentuk di permukaan air beberapa ratus meter dari pantai pada 11.45 pagi dan hilang tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan.
Namun begitu, Pejabat Meteorologi Labuan dihujani dengan panggilan telefon daripada penduduk yang dilanda ketakutan.
Pengarahnya, Donis Gunting ketika dihubungi, berkata, belalai air itu berlaku disebabkan ketidakstabilan dalam atmosfera.
"Insiden pagi ini merupakan belalai air kecil," katanya.
Terdapat dua jenis belalai air iaitu belalai air kecil dan puting beliung.
Belalai air puting beliung didorong oleh pembentukan di atas air.
Ia terjadi akibat hujan lebat serta ribut yang membentuk pusaran air. Belalai air kecil bukan terbentuk daripada ribut.
Tiupan anginnya sangat lemah dan lazimnya bergerak tidak terlalu jauh.
Thus Article Belalai air cetus suasana panik di Labuan
Itulah artikel Belalai air cetus suasana panik di Labuan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Belalai air cetus suasana panik di Labuan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/belalai-air-cetus-suasana-panik-di.html
0 Response to "Belalai air cetus suasana panik di Labuan"
Catat Ulasan