Loading...
Tajuk : Britain Pilih PM Ke-3 Dalam Masa Dua Tahun
link : Britain Pilih PM Ke-3 Dalam Masa Dua Tahun
Britain Pilih PM Ke-3 Dalam Masa Dua Tahun
LONDON, BRITAIN: Rakyat Britain keluar mengundi hari ini untuk memilih perdana menteri ketiga sejak Mei 2015 selepas peristiwa yang berturut-turut menggegarkan negara bagi menyedarkan mereka bahawa tiada yang kekal dalam politik.
Pada 2015, Perdana Menteri, David Cameron menang dengan majoriti selesa dalam Parlimen untuk membentuk kerajaan yang kini bebas daripada rakan LibDem sebelumnya dalam gabungan. Namun dia tersasul bercakap besar yang dibuatnya sendiri - mengenai referendum sama ada meninggalkan atau kekal dalam Kesatuan Eropah yang dijanjikannya semasa piihan raya.
Mereka yang memilih untuk meninggalkan kesatuan itu menang tipis dalam referendum, menjadikan Brexit (atau meninggalkan Kesatuan Eropah) satu obsesi nasional. Cameron secara sukarela dipersalahkan berikutan keadaan itu dan hanya selepas memimpin selama setahun, parti Konservatif dilanda keretakan dan dalam perebutan berikutnya dan cah keting, muncul Theresa May. Nama Margaret Thatcher disebut.
May merupakan Setiausaha Dalam Negeri dalam kabinet Cameron dan seorang wanita yang begitu sukar, demikian menurut seorang anggota parti . Beliau mempunyai reputasi seorang Setiausaha Dalam Negeri yang keras dan ahli politik sebenarnya yang dibentuk hasil didikan sebagai anak perempuan seorang paderi.
Tidak, tidak akan ada pilihan raya mengejut, katanya. Beliau kemudian mengemudi Rang Undang-Undang Pemansuhan untuk menjadi undang-undang di Parlimen, usaha awal untuk menggunakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon untuk rundingan pemisahan dengan Eropah. Beliau mempunyai majoriti di Parlimen, berada pada kedudukan yang kukuh, dan mendapat sokongan daripada kebanyakan anggota, jika tidak seluruh negara.
Duduk bertentangan dengan beliau di Parlimen adalah Jeremy Corbyn, pemimpin pembangkang dari Parti Buruh, seorang yang sering diketawakan, diejek oleh media dan bertentangan dengan sesetengah orang yang berpengaruh dalam partinya sendiri. Beliau menjadi pemimpin bukan melalui dengan bersekongkol dengan orang dalaman parti tetapi dengan kuasa akar umbi, aktivis dan penyokong yang mendaftar untuk menjadi anggota parti dengan sedikit wang untuk mengundi.
Beliau bercakap perkara remeh seperti kesihatan nasional, perumahan sosial dan dia suka kepada kesatuan sekerja. Beliau mempunyai sejarah activisme dan dan mengasaskan bersama pergerakan antiperang apabila Blair dan Bush menghalakan kemarahan mereka terhadap Iraq.
Pemimpin parti yang lepas yang begitu banyak dipersendakan mungkin Michael Foot, pemimpin parti Buruh yang memimpin parti itu dalam pilihan raya yang membawa bencana pada 1979 yang memberi peluang kepada Thatcher untuk berkuasa. Namun Foot adalah seorang intelektual yang gemar berpakaian lusuh manakala Corbyn hanya cukup makan melalui peperiksaan sekolahnya, isterinya sekarang adalah yang ketiga, dan yang pertama (seorang profesor) yang didakwa memanggilnya sebagai tidak berpelajaran kerana enggan menghantar anak mereka mendaat pendidikan di "local Grammar".
Namun Corbyn enggan perhatiannya terganggu. Di Parlimen, beliau membawa gaya baharu semasa tempoh pertanyaan kepada Perdana Menteri: beliau membaca surat yang diterima daripada pengundi di kawasannya dan menjauhi serangan peribadi.
May, seperti yang jelas kepada semua pihak, mempunyai Corbyn sebagai mangsanya. Parti Konservatif begitu yakin dan jadi pada 18 April, sehingga mengejutkan anggota Parlimen dan negara, May mengumumkan pilihan raya mengejut.
Undian pendapat meletakkan May mendahului parti Buruh dengan 20 mata , dan Corbyn, mengikut penjelasan yangditerima umum, mengetuai sendiri Waterloo.
Namun dalam masa sebulan kempen parti Buruh berjaya mengurangkan pendahulu Konservatif dengan 16 mata. Apa yang tak kena?
Media menyifatkan ini kepada apa yang dikenali sebagai terhoyong hayangnya Theresa May apabila beliau membuat pusingan U ke atas cukai demensia, pelan manifesto untuk caj warga yang berusia bagi penjagaan mereka jika mereka mempunyai sumber yang bernilai lebih daripada £100,000. Ini bermakna warga yang berusia akan kehilangan harta mereka, satu kesilapan yang serius memandangkan pemilik harta dalam penantian itu merupakan pelobi yang berkuasa dan cenderung untuk mengundi Konservatif.
Apa yang gagal dihargai oleh media adalah pusat publisiti pilihan raya Corbyn yang bekerja keras di luar pengetahuan parti tradisionalnya sendiri. Aktivis nasionalnya - yang berdedikasi dan bersemangat - telah bekerja secara senyap-senyap di kalangan akar umbi, orang muda dan golongan miskin yang tidak berpuas hati. Mereka dikatakan menyenaraikan lebih sejuta pengundi muda, penyokong parti Buruh yang berpotensi, dan mereka telah berkempen walaupun sebelum pilihan raya diumumkan, di peringkat kawasan pilihan raya.
Reputasi May, dalam masa yang sama, telah rosak. Tiada pemimpin perseptif yang kuat boleh melakukan kesilapan yang begitu asas. Pemimpin yang kukuh dan stabil adalam slogan kempen awal beliau, namun ia digugurkan kerana merupakan mesej mengenai diri mereka, kempen itu kini kembali kepada mesej Konservatif.
Cukai demensia merupakan satu petunjuk bahawa Konservatif di bawah May telah silap. Kemudiannya manifesto pilihan raya parti Buruh menyebabkan lebih banyak keributan daripada Konvervatif dan paling penting, Brexit, isu kotak undi yang mana May telah mengemudi parti itu sejak awal, hilang cengkamannya ke atas pengundi. Isu itu telah melibatkan banyak pihak - Brexit dan kepolisan, kesihatan nasional dan persekolahan, pertahanan dan bahagian Britain dalam pasaran Eropah. Dan kepimpinan.
Perkara yang tidak dijangka telah mula mengambil tempat: Corbyn yang tidak dipilih tiba-tiba menjadi pemimpin yang berpotensi. Gaya peribadinya jelas kelihatan berubah, dan lebih kelihatan seperti pemimpin. Pengundian baru-baru ini menunjukkan Datuk bandar London Sadiq Khan memasuki gelanggang itu, Corbyn merupakan pilihan utama penduduk London bagi Perdana Menteri berbanding May.
Usaha merebut Downing Street kini menjadi gelanggang dua pemimpin, dan sebelum ini akhbar Guardian yang dicurigai Corbyn memberikan liputan yang lebih bersimpati. Di sisi lain, LibDems, telah kehilangan pengaruh mereka, UKIP, yang menimbulkan masalah, parti anti-Imigrasi yang bekerja keras untuk menjadikan tiket nasional Brexit kini dialihkan. Apa lagi kejutan yang menanti?
Serangan pengganas di London. Konservatif sentiasa menjadi parti undang-undang dan ketenteraman namun malah gagal menjadi parti yang dilaung-laungkan. May sebagai Setiauasaha Dalam Negeri telah bertanggungjawab untuk potongan bagi bajet dan bilangan anggota polis. Seorang bekas pesuruhjaya polis berkata sedemikian. Malah Corbyn menggesa beliau meletak jawatan. Ia bukannya perhatian yang diperlukan beliau.
Sebelum itu, beliau gagal hadir dalam perdebatan semua pihak di televisyen, yang memberikan Corbyn peluang untuk mengakali beliau dengan bersetuju untuk hadir di saat-saat akhir. Keesokan harinya, serangan ke atas ketidakhadiran Perdana Menteri mendominasi liputan media.
Kejutan pilihan raya oleh May memberikan peluang yang sama kepada Corbyn untuk berbuat demikian. Pendapat umum, yang tidak sabar-sabar untuk menebus kegagalan mereka dalam referendum Brexit, masih belum membuat keputusan mengenai hasilnya. Malah ada yang meletakkan parti Buruh mendahului dengan tiga mata, namun ketidaktentuannya adalah apa jua keputusannya, May bukan lagi pemimpin parti yang tidak dapat disangkal seperti cara dia dilihat.
Corbyn mungkin telah dapat mengurangkan kelebihan Konservatif secara drastik, kata tinjauan pendapat, namun sokongan paling besar datang daripada pengundi muda yang terkenal cuai untuk pergi mengundi. Bekas pengundi UKIP mungkin kembali kepada Konservatif dan itu adalah harapan terbesar May.
Namun ramai yang bersetuju majoriti parti di Parlimen pada masa ini hampir pasti dikurangkan dengan beberapa anggota Konservatif di London hilang kerusi mereka.
Beberapa kedai pertaruhan sudah mula mengambil pertaruhan ke atas Boris Johnson, Setiausaha Luar pada masa ini sebagai pemimpin Konservatif pada masa akan datang.
Namun parti Buruh, telah mencapai kemajuan yang besar untuk menghalang May mendapat mandat yang lebih besardaripada rakyat yang masih mempunyai satu musuh untuk dihadapi. Semalam, media sayap kanan, bukan hanya akhbar milik Murdoch tetapi juga Express dan Daily Mail memuatkan berita utama mengenai dakwaan perhubungan Corbyn dan Datuk Bandar Sadiq Khan dengan pejuang jihad.
Blair pada zamannya memeterai perjanjian dengan Rupert Murdoch untuk menjaga kepentingan antara satu sama lain sebelum memasuki gelanggang pilihan raya. Corbyn kini sepenuhnya bergantung pada diri sendiri bila tiba hari pilihan raya. Keputusannya mungkin berubah secara drastik dengan serangan media baharu ke atas kewibawaannya. Keputusannya akan mula diketahui lewat malam ini.-BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZhvD3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Britain Pilih PM Ke-3 Dalam Masa Dua Tahun
Itulah artikel Britain Pilih PM Ke-3 Dalam Masa Dua Tahun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Britain Pilih PM Ke-3 Dalam Masa Dua Tahun dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/britain-pilih-pm-ke-3-dalam-masa-dua.html
0 Response to "Britain Pilih PM Ke-3 Dalam Masa Dua Tahun"
Catat Ulasan