Loading...

Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun

Loading...
Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun
link : Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun

Baca juga


Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun


KUALA LUMPUR: Kepulangan semula Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki sudah pasti menjadi berita gembira buat bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei menyifatkan kepulangan 'sifunya' memberi harapan serta sinar baharu buat barisan pemain perseorangan negara selepas legenda badminton negara era 80-an itu bertanggungjawab mencungkil bakat pemain itu ketika berusia 17 tahun pada sekitar 1999.

Misbun, antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu, mengambil tempoh tujuh tahun untuk menggilap dan membentuk Chong Wei sehingga pemain itu berjaya meraih pingat perak pertama di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

"Kepulangan Misbun selaku ketua jurulatih diharap akan membantu skuad perseorangan lelaki kembali menempa nama di persada antarabangsa.

"Saya mengadakan perjumpaan dengan beliau sebelum ini dan akhirnya pada pertemuan kali ketiga barulah beliau bersetuju untuk kembali ke BAM," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan harian di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata kehadiran Misbun pastinya suatu perkembangan yang baik buat beliau serta pasukan yang akan menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada 21 hingga 27 Ogos ini.

Dalam pada itu, Chong Wei memberi peringatan kepada semua pemain muda di BAM untuk bersedia dengan kehadiran Misbun yang dijadual memulakan tugasnya pada 1 Julai depan.

"Kebanyakan pemain muda sekarang ini melihat saya seperti paling senang dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, tetapi waktu dahulu semasa di bawah Misbun tiada siapa pun yang nampak perit-jerih latihan yang saya hadapi," katanya.

Pernah Chong Wei Wei menangis disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid ketika membimbing skuad negara ketika itu.

Semalam, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Misbun, 57, secara dasarnya sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai BAM dan pihaknya akan menyediakan kontrak lebih terperinci kepadanya.

Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas 'sebab peribadi'. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0Vbcv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun

Itulah artikel Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/chong-wei-lega-dengan-kepulangan-misbun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun"

Catat Ulasan

Loading...