Loading...

DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA

Loading...
DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA
link : DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA

Baca juga


DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA

Di sebalik sikap berdiam diri Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau DOJ yang agak lama sejak ia mengumumkan tindakan saman sivil untuk merampas harta-harta bernilai AS$1 bilion berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan, ramai yang beranggapan atau setidak-tidaknya mengharapkan saman itu tidak  lagi menjadi kenyataan.

Kata mereka, DOJ hanya “main gempak” saja kerana ia  sebenarnya kekurangan bukti untuk proses yang seterusnya.

Dengan yang demikian, ramailah yang bertempik, barangkali kerana terlebih  dedak, tiada kesalahan dan penyelewengan dana 1MDB seperti yang didakwa itu.

Akhirnya, kata mereka, bukan saja 1MDB tiada kesalahan apa-apa, malah Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal kewangan syarikat pelaburan bermasalah itu  tetap suci bersih sifatnya.

Namun, dengan berita terbaru permohonan di mahkamah untuk merampas sebuah penthouse dan pejabat milik Jho Low di London oleh DOJ membuktikan mereka tidaklah duduk diam saja sebagaimana yang disangka, bahkan terus menyambung kerja-kerja yang belum sempurna itu.

Ia tentunya jauh sekali daripada kemungkinan menggugurkan kes tersebut.

Penthouse  bernilai £77 juta dan pejabat berharga £42 juta itu didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan, sama seperti harta-harta yang mahu dirampas DOJ sebelum ini.

“Low membeli penthouse dan pangsapuri di Stratton menggunakan hasil 1MDB. Low juga menggunakan dana yang dikesan diselewengkan daripada 1MDB untuk membeli pejabat di Stratton,” kata DOJ dalam kenyataannya.

Selain itu, DOJ juga mengesan perbuatan Jho Low mencuci wang haram 1MDB yang diselewengkan sebanyak AS$50 juta dengan menggunakan sebuah syarikat tanpa aset untuk membantu pembelian sebuah syarikat tenaga, Coastal Energy bernilai AS$2.2 bilion pada 2013 dan 2014.

Bersama saman sivil sebelumnya dan yang terbaru ini, semua tindakan DOJ ini adalah berita gembira buat rakyat Malaysia yang  sekaligus juga pastinya membuatkan golongan pendedak terus tersedak dibuatnya.

Ini kerana tentu ada berita-berita lain yang terus mengilukan mereka akan muncul lagi selepas ini.

Dalam masa yang sama, meskipun  didakwa sudah mengupah seorang pelobi di AS sana, hajat Najib mahu berselfie dengan Donald Trump masih belum kesampaian jua.

Malah, berdasarkan gambar di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini, bukan saja berselfie tidak menjadi kenyataan, malah Trump langsung tidak menunjukkan kemesraannya terhadap Najib.

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruP7YA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA

Itulah artikel DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/doj-lwn-najib-berita-gembira-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DOJ LWN NAJIB: BERITA GEMBIRA UNTUK MALAYSIA"

Catat Ulasan

Loading...