Loading...
Tajuk : FAM perlu RM4 juta biayai skuad B-20
link : FAM perlu RM4 juta biayai skuad B-20
FAM perlu RM4 juta biayai skuad B-20
ARKIB : 03/03/2006
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
KUALA LUMPUR - Bajet sekitar RM4 juta diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membiayai skuad Bawah 20 Tahun kebangsaan, tahun ini yang turut akan ditanggung bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Bajet besar itu berikutan pelbagai siri pendedahan dan antarabangsa yang diatur untuk skuad bimbingan K. Rajagopal sebelum menghadapi tugasan penting, Kejohanan Belia Asia di Kolkata dari 29 Oktober hingga 12 November ini.
Antaranya menyertai Piala Singapura, April ini dengan dijangka menentang Angkatan Tentera Singapura, Geylang United, Tampines Rovers dan Home United selain Copa B.H. de Futebol di Minas Gerais, Belo Horizonte, Brazil pada 12 hingga 20 Julai.
Kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Minais Gerais ini bakal turut disertai oleh Corinthians, Sao Paolo, Flamengo, Fluminense, Santos, Gremio, Palmeiras, Cruzeiro, Botafogo dan Vasco de Gama.
Mereka juga dijangka menyertai dua siri kunjungan dan perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand dan beberapa negara di Eropah seperti Slovakia sebagai medan pendedahan skuad ini, beberapa bulan menjelang misi penting di Kolkata.
KBS akan membantu membiayai skuad ini dengan meletakkannya di bawah Projek AsiaComm ekoran keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kesediaan kerajaan untuk menghulurkan bantuan itu sekali gus akan mengurangkan beban kewangan yang selama ini terpikul di bahu mereka.
``Kami mengalu-alukan kesediaan kementerian dalam membantu menyediakan keperluan skuad ini,'' katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kuantan, semalam yang dipengerusikan oleh Presidennya, Sultan Ahmad Shah.
Menurutnya, penglibatan kerajaan tidak bererti mereka akan mengambil alih skuad bola sepak negara kerana akan menyalahi peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang campur tangan politik.
``Sekalipun skuad ini diserapkan dalam AsiaComm, FAM masih mempunyai kuasa dalam perkongsian dengan kementerian supaya masih sejajar dengan peraturan tetap FIFA,'' tegas Tengku Abdullah.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2rXBvKS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article FAM perlu RM4 juta biayai skuad B-20
Itulah artikel FAM perlu RM4 juta biayai skuad B-20 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel FAM perlu RM4 juta biayai skuad B-20 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/fam-perlu-rm4-juta-biayai-skuad-b-20.html
0 Response to "FAM perlu RM4 juta biayai skuad B-20"
Catat Ulasan