Loading...

Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau

Loading...
Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau
link : Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau

Baca juga


Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau

KUALA LUMPUR – Persiapan skuad ragbi tujuh sebelah wanita kebangsaan yang kini berada di Ranau, Sabah sedikit teruji apabila kawasan itu dilanda gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter semalam.

Ketua jurulatih kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man ketika dihubungi Bernama, berkata gegaran tersebut berlaku ketika anak buahnya sedang bersedia untuk berbuka puasa selepas tamat menjalani sesi latihan pada sebelah petang.

“Memang ada rasa gegaran itu ketika kami sedang bersiap untuk berbuka tetapi tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap pasukan.

“Mereka (atlet) semua dalam keadaan baik dan hari ini kami menjalani latihan seperti biasa di sebelah pagi,” katanya sambil menyifatkan prestasi anak buahnya sedang meningkat naik selepas memasuki hari ketiga menjalani latihan di sana.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam mengesahkan kejadian gempa lemah itu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan termasuk kemungkinan memanggil skuad berkenaan pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya akan menilai dahulu laporan daripada pengurus pasukan mengenai gegaran ini sebelum saya memutuskan tindakan yang perlu diambil seterusnya. Keselamatan para pemain dan pegawai di sana adalah keutamaan kami dan kita tidak akan mengambil sebarang risiko,” tegas beliau.

Skuad negara yang kini berada dalam fasa ketiga Program Kita Juara 2017 sedang giat menjalani latihan beraltitud tinggi selama 10 hari bermula Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos ini.

Mereka dijadual berlepas ke Hong Kong pada 23 Jun untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang skuad Bawah 20 Tahun serta dua kelab tempatan sebelum beraksi menentang Filipina yang dijadual turut berada di sana ketika itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svk97K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau

Itulah artikel Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/gempa-kecil-uji-persiapan-skuad-ragbi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gempa Kecil Uji Persiapan Skuad Ragbi Wanita Di Ranau"

Catat Ulasan

Loading...