Loading...

Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang

Loading...
Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang
link : Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang

Baca juga


Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Mah Sing Group Bhd bercadang untuk meningkatkan simpanan tanahnya di Lembah Klang daripada 65 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia mahu membangunkan projek perumahan terancang bagi pasaran besar-besaran serta mampu milik di mana, setiap satu berharga di bawah RM500, 000.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum, ketika memetik laporan Pusat Maklumat Harta Negara 2016, berkata, transaksi hartanah di Lembah Klang telah mencecah RM30.81 bilion, merangkumi hampir separuh daripada jumlah RM65.6 bilion di seluruh negara.

“Kami percaya permintaan bagi hartanah akan terus kukuh di Lembah Klang, memandangkan nilai dan bilangan transaksi hartanah di kawasan terbabit, setakat ini adalah yang tertinggi dari segi penguasaan ekonomi,” katanya.

Kumpulan itu dalam tahun ini telah mengambilalih tanah seluas 3.44 hektar (ha) di Sentul dan tanah sebesar 1.42 ha berhadapan Taman Tasik Titiwangsa, yang memiliki gabungan nilai pembangunan kasar sebanyak kira-kira RM1.95 bilion.

Kumpulan itu sekarang mempunyai 912.56 ha, dengan jumlah baki nilai pembangunan kasar dan jualan belum dibil sebanyak RM31.5 bilion.

Mah Sing berkata, 70 peratus daripada pembeli produk kumpulan adalah di bawah usia 40 tahun, kebanyakannya merupakan pembeli rumah pertama atau mereka yang mahu mencari rumah kedua mereka tetapi pada harga yang mampu milik. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4XgFq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang

Itulah artikel Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mah-sing-mahu-tingkatkan-simpanan-tanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mah Sing Mahu Tingkatkan Simpanan Tanah Di Lembah Klang"

Catat Ulasan

Loading...