Loading...

Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam

Loading...
Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam
link : Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam

Baca juga


Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam

 FMT| June 15, 2017
Setiausaha agung DAP itu berkata hanya 3 makan malam dianjurkan setakat ini, bukan setiap malam seperti yang diperkatakan.
lim-guan-eng-dinner-3
GEORGE TOWN: Tiada penderma Arab yang menyumbang kepada DAP, oleh itu mereka terpaksa menjual tiket jamuan makan malam untuk mengumpul dana, kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng menjawab dakwaan partinya giat mengadakan kempen kutipan dana.

Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman sebelum ini mendakwa DAP Pulau Pinang sering menganjurkan jamuan makan malam “hampir setiap malam”.
Lim berkata dakwaan Zainal itu “fitnah” kerana DAP hanya mengadakan 3 makan malam setakat ini.
“Tiada orang Arab Saudi yang mahu memberikan sumbangan kepada kami, oleh itu kami terpaksa jual tiket jamuan makan malan untuk mengutip dana.

“Semua dana yang dikumpulkan dicatat dan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia setiap tahun. Semuanya direkodkan.
“Tapi kami harap ada orang sudi menyumbang seperti Arab Saudi-lah,” kata Lim kepada pemberita di Komtar hari ini, merujuk kepada sumbangan RM2.6 bilion dari keluarga diraja Saudi yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow secara berseloroh mengakui mereka bermakan malam setiap malam.
“Kami makan malam setiap malam. Kadang-kadang kami dijemput ke jamuan persatuan. Kalau tidak, kami makan malam di rumahlah,” kata Chow.

Lim menambah: “Saya juga makan malam setiap malam, jamuan buka puasa, jamuan di kuil dan banyak lagi acara, tapi bukan jamuan DAP setiap malam!”

Semalam, Zainal menggesa DAP mendedahkan sumber pendanaan mereka selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan mengenai sindiket perjudian membiaya parti politik.
Beliau memberitahu Bernama DAP Pulau Pinang sering menganjurkan jamuan makan malam.

“Kerajaan DAP dah perintah hampir 10 tahun dan dalam masa itu keadaan agak meriah dari segi aktiviti politik yang dibuat oleh kerajaan negeri termasuk jamuan makan malam yang boleh kata berlangsung hampir setiap malam di Pulau Pinang.

“Jamuan ini ambil masa dan guna belanja yang besar dan rakyat ingin tahu dari mana punca belanja dan Umno Pulau Pinang berharap tiada unsur melibatkan wang haram yang membiayai parti politik itu di negeri ini,” kata Zainal menurut laporan itu.

Menjawab isu pembiayaan politik oleh sindiket perjudian, Chow berkata jika benar dakwaan itu, mereka mungkin membayar wang perlindungan kepada pegawai penguatkuasa.

Beliau berkata polis dan kementerian dalam negeri berada di bawah kawalan kerajaan persekutuan, maka siasatan harus ditujukan kepada mereka.
“…Kalau benar sindiket mahukan perlindungan, siapa yang mereka cari?” soal Chow.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxCcdt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam

Itulah artikel Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/guan-eng-tiada-penderma-arab-terpaksa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guan Eng: Tiada penderma Arab, terpaksa jual tiket makan malam"

Catat Ulasan

Loading...