Tajuk : Hukum Menziarahi Kubur Ketika Hari Raya Mengikut Pendapat Mufti Perlis Ini Harus Diketahui Semua
link : Hukum Menziarahi Kubur Ketika Hari Raya Mengikut Pendapat Mufti Perlis Ini Harus Diketahui Semua
Hukum Menziarahi Kubur Ketika Hari Raya Mengikut Pendapat Mufti Perlis Ini Harus Diketahui Semua
Walau bagaimanapun, terdapat juga pelbagai khilaf dan perbezaan pendapat pada para ulama bijak pandai mengenai hukum menziarahi kubur khususnya pada Hari Raya ini.
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya
Ada yang mengatakannya hukumnya Makruh dan dianggap bidaah kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya.
Ada juga yang berpendapat hukumnya adalah harus dan dibolehkan. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur.
Namun demikian, berikut merupakan perkongsian pendapat oleh Mufti Perlis Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai perkara ini;
Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat.
Sabda Nabi S.A.W:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang”
(Riwayat Muslim)
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat.
Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.
Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w.
Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.
Sumber: Mingguan Wanita
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tPgKgI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Hukum Menziarahi Kubur Ketika Hari Raya Mengikut Pendapat Mufti Perlis Ini Harus Diketahui Semua
Anda sedang baca artikel Hukum Menziarahi Kubur Ketika Hari Raya Mengikut Pendapat Mufti Perlis Ini Harus Diketahui Semua dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/hukum-menziarahi-kubur-ketika-hari-raya.html
0 Response to "Hukum Menziarahi Kubur Ketika Hari Raya Mengikut Pendapat Mufti Perlis Ini Harus Diketahui Semua"
Catat Ulasan