Loading...

Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi

Loading...
Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi
link : Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi

Baca juga


Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi

Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi

Gema alunan merdu ketika memperdengarkan bacaan suci AlQuran oleh adik Mohammad Harith Hakimi Mohd Rostan, 12, berjaya mencuri tumpuan para tetamu yang hadir pada Malaysia Quran Hour yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.

Suaranya yang merdu bertaranum membacakan Surah Al Duha dengan lenggok Nahwand, membuatkan para hadirin terkesima dan rasa menusuk hingga ke dalam hati.

Kemana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Rupanya, bakat bertaranum AlQuran  yang dimiliki oleh adik Mohammad Harith Hakimi ini, diwarisi oleh bapanya,Mohd Rostan Mohamad Nasir, yang berpengalaman menjadi Qari serta mahir dalam bidang ini.

Malah, kedua-dua anak lelaki pasangan ini, telah didedahkan dengan bacaan Al Quran,dan telah menyertai pelbagai pertandingan Musabaqah AlQuran dan Majlis Tilawah Quran (MTQ) sejak dari kecil.

Seawal umur 6 tahun adik Mohammad Harith Hakimi telah khatam Muqaddam. Semenjak dari itu, Mohd Rostan mula mengajar anak dengan ilmu tajwid dan bacaan lagu Taranum AlQuran ketika Harith darjah 3 lagi.

Istimewanya lagi, dalam usia yang masih muda, adik Mohammad Harith Hakimi ini, cukup mahir dengan tujuh jenis Tarannum AlQuran iaitu Al-Bayyati,Soba,Hijaz,Nahwand,Rast,Sikah dan Jiharkah.

Bukan itu sahaja, anak kedua daripada empat orang adik beradik, pasangan Noor Marzilah Abdul Muttalib,37 dan Mohd Rostan Mohamad Nasir,38 ini juga merupakan peserta Qari Junior Musim ke-6.

Bahkan,Mohammad Harith juga merupakan salah seorang peserta dan wakil Malaysia bagi program realiti "Tijan Annour" yang merupakan program pertandingan bacaan ayat Al-Quran dari Qari Junior dari seluruh dunia.

Didalam pertandingan yang telah diadakan di Doha, Qatar ini, adik Mohammad Harith telah memenangi tempat ke-5 daripada 51 orang peserta.Ia sesuatu pencapaian yang perlu dibanggakan dan dicontohi oleh anak-lain lain.

Berikut merupakan antara perkongsian tip pasangan ini dalam mendidik anak cintakan Al Quran dan hebat dalam mengalunkan bacaan Al Quran;

1. Bermula dari dalam kandungan

Amalkan membaca surah-surah yang digalakkan sewaktu mengandung seperti Surah Maryam, Yusuf, Luqman dan sebagainya.Banyakkan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

2. Terapkan disiplin sebagai teras utama dalam diri anak-anak

Disiplin sangat penting untuk anak gemarkan Alquran. Pada mulanya mesti ia agak sukar, namun ia perlu dilentur selalu sejak dari kecil, agar anak terbuka hati dan terus mencintai Al Quran.

3.Jadikan baca Al Quran sebagai rutin harian

Sebagai contoh, sediakan jadual khusus waktu untuk mengaji,mengulangkaji dan belajar Alquran setiap hari dan ia perlu dilakukan secara konsisten.Contohnya setiap hari anak-anak mesti mengaji selepas solat Maghrib sehingga Isyak.

4.Pantau & ajar sendiri anak membaca Al Quran

Seeloknya, ibu atau ayah sendiri yang mengajar anak membaca Alquran.Jika salah seorang 'outstation' tetap memantau dan memastikan anak membaca Al Quran di rumah.

5.'Denda' anak dengan tambahan masa bacaan Al Quran

Jika anak melakukan kesalahan, sebaiknya 'denda' mereka dengan membaca Alquran. Sebagai contoh, menambah bacaan mukasurat dan masa membaca  AlQuran.

6. Sering perdengarkan anak-anak alunan bacaan Al Quran daripada pelbagai Qari  

JIka anak gemar gajet, galakkan anak mendengar video alunan bacaaan Alquran daripada pelbagai Qari,antarabangsa mahupun tempatan sebagai halwa telinga untuk mereka jadikan sebagai rujukan.

7.Jadikan aktiviti membaca Al Quran, sebagai waktu berkualiti bersama keluarga

Ibu bapa harus menjadi contoh pada anak-anak dan harus turut mempelajari Alquran bersama-sama anak-anak.Jadikan aktiviti membaca Al Quran dan solat berjemaah sebagai waktu berkualiti bersama ahli keluarga. Barulah anak rasa, lebih menghormati dan ikatan kekeluargaan juga lebih erat.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMFGEn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi

Itulah artikel Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ingin-didik-anak-hebat-cintai-al-quran.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ingin Didik Anak Hebat & Cintai Al Quran, Ini Rupanya 7 Tip Yang Mak Ayah Kena Contohi"

Catat Ulasan

Loading...