Loading...

Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan

Loading...
Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan
link : Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan

Baca juga


Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan


Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani (Foto: AFP)
Arab Saudi dan negara-negara Arab lain yang telah memutuskan hubungan dengan Qatar telah mengeluarkan senarai tuntutan untuk menamatkan krisis, menegaskan bahawa Qatar perlu menutup al-Jazeera, menghentikan hubungan diplomatik dengan Iran dan memutuskan hubungan dengan Ikhwanul Muslimin, lapor The Guardian.

Dalam senarai 13 tuntutan yang dikemukakan kepada Qatar oleh Kuwait, yang membantu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan krisis, negara-negara Teluk itu juga menuntut untuk menutup pangkalan tentera Turki di Qatar.

The Associated Press memperoleh salinan senarai tuntutan dalam bahasa Arab dari salah satu negara yang terlibat dalam pertikaian tersebut.

Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar pada awal bulan ini atas dakwaan menyokong keganasan.

Pegawai Qatar di Doha tidak segera bertindak balas terhadap permintaan negara tersebut. Tetapi senarai tuntutan itu juga ada termasuk syarat yang mana Qatar sebelum ini bertegas tidak akan memenuhi, termasuk menutup al-Jazeera.

Kerajaan Qatar mengatakan ia tidak akan berunding sehingga negara-negara Arab menghentikan sekatan mereka.

Menurut senarai itu, Qatar harus menolak untuk mengakui rakyat dari empat negara itu dan mengusir mereka yang kini berada di Qatar, dalam apa yang digambarkan oleh negara Teluk itu sebagai usaha untuk menghalang Qatar daripada campur tangan dalam urusan dalaman mereka.

Mereka juga menuntut agar Qatar menyerahkan semua individu yang dikehendaki oleh empat negara itu yang kononnya terlibat dalam keganasan, berhenti membiayai mana-mana entiti ekstremis yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh AS, dan memberikan maklumat terperinci mengenai sosok pengganas yang dibiayai oleh Qatar, di Arab Saudi dan negara-negara lain.



Qatar dengan tegas menafikan pembiayaan atau menyokong ekstremisme. Tetapi negara itu mengakui bahawa ia membenarkan anggota beberapa kumpulan seperti Hamas untuk tinggal di Qatar.

Jiran-jiran Qatar juga menuduh Qatar menyokong al-Qaeda dan ideologi kumpulan IS di seluruh Timur Tengah.

Secara lebih mendalam, senarai itu menuntut agar Qatar menyelaraskan negara itu secara politik, ekonomi dan lain-lain dengan Majlis Kerjasama Teluk, sebuah badan serantau yang menumpukan perhatiannya terhadap Iran.

Arab Saudi dan negara-negara yang dipimpin oleh Sunni telah menuduh Qatar mempunyai hubungan rapat dengan Iran, negara yang dipimpin oleh Syiah yang merupakan musuh serantau Arab Saudi.

Berkaitan Iran, dalam dokumen itu mengatakan Qatar harus menutup tempat diplomatik di Iran, mengusir

 mana-mana ahli pengawal Revolusi elit Iran dari Qatar, dan hanya menjalankan perdagangan dengan Iran yang mematuhi sekatan A.S. 
Menghentikan hubungan dengan Iran sangat sukar kerana Qatar berkongsi medan gas asli di luar pesisir dengan Iran yang antara penyumbang kepada kekayaan Qatar.

Menurut senarai itu, bukan sahaja Qatar harus menutup penyiar satelit yang berpangkalan di Doha, tetapi juga semua afiliasinya. Itu mungkin bermakna Qatar perlu menutup rangkaian adik beradik Al-Jazeera yang berbahasa inggeris.

Disokong oleh kerajaan Qatar, al-Jazeera adalah salah satu saluran Arab yang paling banyak diakses, namun ia telah lama menimbulkan kemarahan pemerintah Timur Tengah kerana menyiarkan pandangan yang berbeza.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tETGBY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan

Itulah artikel Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ini-13-tuntutan-tidak-masuk-akal-arab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ini 13 Tuntutan 'Tidak Masuk Akal' Arab Saudi Dan Sekutu Untuk Mengakhiri Sekatan"

Catat Ulasan

Loading...