Loading...

ISA, ISTERI TIBA DI SPRM

Loading...
ISA, ISTERI TIBA DI SPRM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ISA, ISTERI TIBA DI SPRM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ISA, ISTERI TIBA DI SPRM
link : ISA, ISTERI TIBA DI SPRM

Baca juga


ISA, ISTERI TIBA DI SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad dan isterinya hadir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, Rabu bagi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap FGV.

Isa dan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu pada 9.40 pagi.

Pada 9 Jun lalu, SPRM mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap FGV dan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata semua saksi termasuk Isa akan dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Pengesahan itu menyusuli laporan media pada hari sebelumnya yang menyebut sekumpulan pegawai dan anggota SPRM mengambil masa lapan jam bagi menyelesaikan urusan pengambilan dokumen di ibu pejabat FGV di ibu negara.

Dilaporkan setakat semalam SPRM telah mengambil keterangan daripada 60 saksi berhubung siasatan itu.

Dua hari lepas pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Isa dengan rela hati melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV berkuat kuasa serta-merta dan jawatan itu kini dipangku oleh Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Kemelut FGV mendapat perhatian apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad serta tiga pegawai pengurusan kanan FGV bercuti bermula 6 Jun lalu.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Isa dilaporkan berkata arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan dalaman berhubung urus niaga FGV dan Safitex Trading LLC, sebuah syarikat Afghanistan.

Pada 7 Jun, Zakaria dilaporkan tampil di ibu pejabat SPRM di sini berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV bagi memberi keterangan tentang beberapa isu termasuk mengenai tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products.

Bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut pentadbiran FGV itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti isu dalaman syarikat berkenaan.

-Bersama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rU2i5E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article ISA, ISTERI TIBA DI SPRM

Itulah artikel ISA, ISTERI TIBA DI SPRM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ISA, ISTERI TIBA DI SPRM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/isa-isteri-tiba-di-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ISA, ISTERI TIBA DI SPRM"

Catat Ulasan

Loading...