Loading...

Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk

Loading...
Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk
link : Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk

Baca juga


Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk

SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain telah bertindak awal untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan pegawai-pegawai Imigresen bagi mengatasi masalah kesesakan pada waktu puncak di semua pintu-pintu keluar masuk ke negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan sebulan lalu dengan Malaysia Airports Holding Berhad dan syarikat-syarikat pernerbangan cara-cara mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .

Beliau berkata perbincangan itu melibatkan bagaimana untuk menjarakkan ketibaan dan pelepasan penerbangan agar para pelancong tempatan dan luar negara dapat mengecapi keselesaan dan kelancaran semasa berada di lapangan terbang.

"Perkara ini memang sukar dilakukan memandangkan Malaysia merupakan destinasi pelancongan dan ramai pekerja asing ingin balik ke negara masing-masing untuk menyambut hari raya. Kesesakan di lapangan terbang memang tidak dapat dielakkan.

"Itulah sebab JIM telah bersiap lebih awal dan mengadakan perkongsian pintar dengan agensi-agensi kerajaan lain bagi memastikan pintu-pintu keluar dan masuk di negara ini lancar. Kita juga tidak mahu warga tempatan yang berlancong tersekat di luar negara kerana tidak bayar hutang PTPTN atau Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya.

Mustafar berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan juadah dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri serta beramah mesra kepada para pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter-kaunter pelepasan dan ketibaan di KLIA di sini malam ini.

Mengulas mengenai laporan berita kesesakan yang berlaku di KLIA yang menyebabkan orang ramai beratur sejauh 100 meter, Mustafar berkata Jabatan Imigresen telah membuka semua kaunter, iaitu 46 di pelepasan dan 58 (ketibaan) dengan 128 pegawai bertugas agar dapat mempercepatkan proses itu.

"Semua kaunter kita buka dan setiap orang yang masuk atau keluar daripada negara atau masuk ke negara mesti disemak dan diperiksa secara rapi. Itu lah janji kita. Kita laksanakan dalam tempoh masa 45 saat atau kurang. Kalau pintu automatik, ia akan mengambil masa 10 saat.

"Perkara ini bukan baru pada ada musim perayaan. Malahan ada negara luar yang mana orang ramai terpaksa tunggu lebih lama tetapi orang tidak akan menyoalkan soalan itu di sana. Oleh itu, kesabaran itu amat penting dan memandangkan penerbangan sudah dijarak-jarakkan maka tidak berlaku kesesakan pada sebelah malam,"terangnya.

Sementara itu, Mustafar menerangkan sumbangan dan juadah Hari Raya Aidilfitri diedarkan kepada semua pegawai yang bertugas bagi menunjukkan keprihatian kepimpinan dan kepedulian terhadap anak buah jabatan itu.

"Saya mahu berjumpa dengan mereka kerana mereka adalah keluarga besar dan mahu menghargai pengorbanan besar mereka di pintu masuk dan keluar serta mengucapkan selamat hari raya agar mereka tidak berasa ketinggalan,"katanya.

Mustafar juga akan mengedarkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada para pegawai yang bertugas di klia2 dan depoh Imigresen di sini.

BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOHTkx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk

Itulah artikel Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/jabatan-imigresen-siap-siaga-lebih-awal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Imigresen siap siaga lebih awal atasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk"

Catat Ulasan

Loading...