Loading...

Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid

Loading...
Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid
link : Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid

Baca juga


Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat Malaysia tenang dan bijaksana menilai tohmahan dan fitnah nista yang sengaja dirancang media asing untuk menjejaskan imej negara ini.

Beliau berkata rakyat harus berminda positif dan menangkis segala isu yang dibangkitkan oleh media asing.

"Kedaulatan dan kebebasan negara kita tidak wajar digadaikan kepada media luar untuk mencaturkan politik negara.

"Sebagai pemimpin, saya seru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama dalam satu barisan untuk mempertahankan negara," katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyarankan rakyat agar menjadikan media baharu sebagai medium perpaduan bukannya dijadikan platform membangkitkan isu sensitif yang boleh membakar rasa kebencian antara kaum.

"Secara asasnya, kita telah berjaya membenih dan menyuburkan semangat Bangsa Malaysia.

"Namun, semestinya kekuatan dan keunikan ini dicemburui oleh orang asing. Inilah cabaran kita. Mereka sedaya upaya mengadu-domba untuk meretakkan jalinan perpaduan antara kaum dan pucuk pimpinan negara," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus komited membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup, isu percukaian dan masalah sosial seperti buli yang semakin membimbangkan

"Kepercayaan rakyat kepada kerajaan selama ini akan direalisasikan dengan berkesan," katanya.

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi mengeratkan tali persaudaraan antara semua sebagai masyarakat pluralistik di negara ini.

"Buat seluruh umat Islam di Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kita telah berjaya melalui cabaran madrasah Ramadan. Hari ini (1 Syawal) adalah hari kemenangan.

"Sebagai sebuah masyarakat majmuk yang hidup aman harmoni, marilah kita raikan Aidilfitri ini dengan rasa muhibah. Menyantuni keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan warna kulit," katanya. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXXujV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid

Itulah artikel Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/jangan-gadai-kedaulatan-kebebasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid"

Catat Ulasan

Loading...