Tajuk : Jururawat Mengaku Bunuh 8 Warga Emas
link : Jururawat Mengaku Bunuh 8 Warga Emas
Jururawat Mengaku Bunuh 8 Warga Emas
ONTARIO – Seorang jururawat di Kanada, mengaku bersalah membunuh lapan pesakit warga emas menggunakan insulin dalam tempoh tujuh tahun di sebuah pusat jagaan.
Elizabeth Wettlaufer didakwa membunuh lima wanita dan tiga lelaki di Woodstock dan London, Ontario antara 2007 hingga 2014.
Semua mangsa dilaporkan berusia antara 75 sehingga 96 tahun. Pendakwa raya tidak memberikan butiran lanjut ketika mengesahkan pengakuan tertuduh itu menerusi e-mel.
Kementerian Peguam Negara Ontario berkata, ia masih belum boleh memberikan perincian berkaitan kes itu.
Media tempatan di wilayah di Woodstock, Ontario melaporkan Wettlaufer mengaku di dalam mahkamah bahawa dia menyuntik mangsa dengan insulin tanpa alasan perubatan sehingga maut.
Bagaimanapun, motif tindakan Wettlaufer itu tidak diketahui, walaupun dia mengaku bersalah atas lapan tuduhan bunuh, empat tuduhan cubaan membunuh dan dua tuduhan melakukan serangan.
Berikutan pengakuan itu, Wettlaufer bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup dan keputusan mengenai hukuman itu akan diumumkan tidak lama lagi. – Reuters/BH ONLINE
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qHd2sx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Jururawat Mengaku Bunuh 8 Warga Emas
Anda sedang baca artikel Jururawat Mengaku Bunuh 8 Warga Emas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/jururawat-mengaku-bunuh-8-warga-emas.html
0 Response to "Jururawat Mengaku Bunuh 8 Warga Emas"
Catat Ulasan