Loading...
Tajuk : Kaki Tersepit 40 Minit
link : Kaki Tersepit 40 Minit
Kaki Tersepit 40 Minit
Seorang pemandu lori kontena menahan sakit hampir 40 minit apabila kakinya tersepit selepas kenderaan dipandu terbabas dan merempuh tebing di pembahagi jalan di Jalan Sepanggar, berhampiran Kampung Pak Pak, Kota Kinabalu, jam 9.45 malam semalam.
Salleh Usman, 22, kemudian dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, untuk rawatan.
Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.51 malam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu dari arah Pelabuhan Sepanggar menuju ke Indah Permai dekat sini.
“Tiba di lokasi, muatan kontena terjatuh ke sebelah kanan menyebabkan lori hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tebing pembahagi jalan.
“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota bomba,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59.
Sementara itu, saksi kejadian, Salim Andil, 43, berkata, dia yang memandu Perodua Kancil dari arah bertentangan menyaksikan lori kontena terbabit terbabas.
“Saya memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum bersama-sama penduduk berhampiran cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit namun gagal.
“Anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengeluarkan mangsa,” katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sydTZV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kaki Tersepit 40 Minit
Itulah artikel Kaki Tersepit 40 Minit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kaki Tersepit 40 Minit dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kaki-tersepit-40-minit.html
0 Response to "Kaki Tersepit 40 Minit"
Catat Ulasan