Loading...

FGV: Zakaria Dipaksa Cuti

Loading...
FGV: Zakaria Dipaksa Cuti - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk FGV: Zakaria Dipaksa Cuti, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : FGV: Zakaria Dipaksa Cuti
link : FGV: Zakaria Dipaksa Cuti

Baca juga


FGV: Zakaria Dipaksa Cuti



KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta oleh lembaga pengarah syarikat.

Arahan itu dikeluarkan melalui satu surat yang disampaikan setiausaha syarikat dengan disaksikan seorang Ahli Lembaga Pengarah FGV, Datuk Dr Omar Salim.

Surat itu disampaikan sejurus temu bual khas antara Zakaria bersama wartawan BH dan NST berhubung isu desakan peletakan jawatannya oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad, yang disiarkan secara langsung di Facebook Berita Harian Online.

Zakaria yang ditemui di lobi Menara FELDA berkata, sebaik temu bual itu tamat, setiausaha syarikat bertemu dengannya dan membacakan surat memaksa beliau bercuti, sambil disaksikan Omar dan ketua keselamatan syarikat.

Katanya, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan FGV menyiasat isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products (DOP), sebuah anak syarikat FGV.

Isa adalah pengarah dan pengerusi DOP sejak 2011.

"Selepas surat itu dibacakan, saya mengakui faham dengan kandungannya dan mengambil surat itu. Tempoh bercuti tidak dinyatakan.

"Saya tak ada masalah (dengan arahan bercuti). Jika betul ikut proses, ok lah. Ini antara satu perkara yang akan saya hadapi.

"Bagaimanapun, saya tidak menjangkakan sampai macam ini sekali sebab benda ini bukan besar sangat. Kalau dah begini, saya hadapi dengan tangan dan hati terbuka," katanya di sini, hari ini.

Ditanya jika ada individu lain dipaksa bercuti, Zakaria tidak mengetahuinya, namun tidak menolak kemungkinan ada yang bakal berdepan nasib sama.

Berhubung kemungkinan mengambil tindakan undang-undang, Zakaria akan menunggu keputusan FGV sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Soal sama ada FGV memberi peluang atau tidak, saya akan pertahankan diri walau apa juga yang berlaku," katanya.

Isu desakan peletakan jawatannya bermula apabila penulis blog, Raja Petra Kamaruddin, mendakwa Isa berusaha menyingkirkan Zakaria daripada jawatannya kerana dianggap 'terlalu lurus' dan tidak mahu meluluskan urus niaga 'di bawah meja'.- Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZeE0Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article FGV: Zakaria Dipaksa Cuti

Itulah artikel FGV: Zakaria Dipaksa Cuti Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel FGV: Zakaria Dipaksa Cuti dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/fgv-zakaria-dipaksa-cuti_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FGV: Zakaria Dipaksa Cuti"

Catat Ulasan

Loading...