Loading...

KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika!

Loading...
KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika!
link : KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika!

Baca juga


KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika!

Allahurabbi... tak mampu nak gambarkan macam mana keadaan keluarga arwah ketika menerima berita duka ini. Tambah pula ketika kita semua sibuk menjalani ibadah puasa, malah ada sebilangannya sudah sibuk dengan persiapan menyambut hari lebaran.

Ya, agak kejam apa yang berlaku kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah sebelum meninggal dunia. 

Lagi dasyat, Zulfarhan yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM dipaksa mengaku mencuri komputer riba.

Betapa kejam perbuatan pelaku itu seperti diceritakan rakannya yang memaklumkan mangsa diperlakukan sedemikian rupa pada 21 Mei lalu.

Kalau diikutkan cerita rakannya yang enggan dikenali, kejadian berkenaan berlaku selepas Zulfarhan dituduh mencuri komputer riba.

Inilah ceritanya...

Selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah pada 27 Mei keadaannya semakin parah.

"Dia mengadu badan sakit (selepas dibelasah dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mengaku mencuri 'laptop' (komputer riba) walhal bukan dia yang lakukan.

“Lukanya semakin parah sebelum dibawa oleh dua penuntut ke klinik pada 27 Mei dan kemudian ke klinik semula pada 31 Mei sebelum dirujuk ke hospital dan meninggal dunia pada malam tadi (semalam)," katanya ketika ditemui, hari ini.

Penuntut UPNM, Mohd Afiq Mohd Yusof,23, berkata, Zulfarhan seorang yang periang dan mudah bergaul.

"Tak sangka kejadian itu berlaku kepadanya. Allahyarham periang dan mudah bergaul," katanya.

Dari Sudut Ibu Ayah Arwah...

Ibu bapa arwah yang nyata terkejut dan sedih dengan kematian anak mereka menyatakan Allahyarham merupakan anak harapan keluarga.

“Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini,” luah bapa mangsa, Zulkarnain Idrus.

Dia melihat kesan melecur akibat ditekap seterika wap di bahagian dada, tangan dan kaki jenazah anaknya sebelum proses bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang.

Bapa saudara Zulfarhan, Hamzah Osman,54, berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya didera sehingga meninggal dunia hanya kerana dituduh mencuri komputer riba.

"Andai Allahyarham ada berhutang dengan sesiapa sila datang jumpa saya, termasuklah yang menuduh anak saudara saya mencuri komputer ribanya," katanya.

Setakat ini 36 individu berusia 20 hingga 21 direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM dan empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Di bulan yang mulia ini, sama-sama kita doakan moga siasatan kes ini dipermudahkan Allah bagi mengetahui punca sebenar sekali gus mengenal pasti siapa yang terlibat. 

Sama-sama doakan semoga roh adik Zulfarhan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang diredhai Allah SWT.

Al Fatihah...

SUMBER INFO: Harian Metro 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOHe56

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika!

Itulah artikel KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kejam-ibu-ayah-sebak-tengok-keadaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KEJAM, Ibu Ayah Sebak Tengok Keadaan Arwah Anaknya Yang Ditekap Seterika!"

Catat Ulasan

Loading...