Loading...

Kemah boh...

Loading...
Kemah boh... - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kemah boh..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kemah boh...
link : Kemah boh...

Baca juga


Kemah boh...

Zatul Iffah Zolkiply

zatuliffah@hmetro.com.my

ANAK Terengganu mencipta sejarah apabila diberi penghormatan mengimamkan solat sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah raya dalam Bahasa Inggeris di Sydney, Australia.

Penolong Pengarah Tajaan dan Transformasi Mahasiswa Yayasan Terengganu Mohd Zaki Mat Yakim, 43, diberi penghormatan berkenaan di hadapan seramai 1,000 masyarakat Islam pelbagai bangsa yang menetap di sekitar New South Wales (NSW).

Menurut Mohd Zaki, dia berada di Sydney sejak 11 Jun lalu bagi mengetuai Solat Tarawih dan Qiyamullail di masjid berkenaan.

Katanya, dia yang berasal dari Air Putih Kemaman menyifatkan ia sejarah dalam hidupnya apabila berpeluang berhari raya di negara asing dan diberi penghormatan menjadi imam dan membaca khutbah raya Aidilfitri.

"Saya tidak pernah terfikir akan diberi penghormatan seumpama itu dan ia satu penghargaan bermakna buat saya.

"Sebagai anak Terengganu, saya bangga apabila Terengganu dekat di hati masyarakat Islam di sini kerana bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad merintis jalan untuk membina kelas pengajian agama di Sydney dan menubuhkan Masjid Darul Imaan.

"Saya juga berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk menabur bakti di Sydney," katanya

Menurutnya, dia turut berharap lebih ramai imam dari Terengganu diberi peluang untuk bertugas dan berdakwah.

Katanya, cabaran utama yang perlu dihadapi adalah menguasai Bahasa Inggeris dan Arab kerana setiap hari, masyarakat Islam di sini akan bertanya pelbagai soalan dan hukum," katanya.

Solat sunat Aidilfitri dimulakan jam 8.30 pagi diRobyn Webster Sport Club, Tempe NSW yang mana ia adalah tahun akhir solat sunat diadakan di lokasi itu kerana pihak berkuasa tempatan tidak

membenarkan lokasi itu di jadikan tempat solat hari raya.

Sebelum ini, lokasi itu dipilih setiap tahun memandangkan Masjid Darul Imaan, Wolli Creek tidak dapat menampung keperluan masyarakat Islam di kawasan berkenaan dan ia dikendalikan Persatuan Melayu Islam Australia NSW (IMAAN)

Program penghantaran imam tarawih dimulakan kerajaan negeri sejak 2015 atas permintaan pengurusan Masjid Darul Imaan NSW.

Setiap tahun, Terengganu menghantar dua imam untuk bertugas sepanjang Ramadan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9AIlb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Kemah boh...

Itulah artikel Kemah boh... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kemah boh... dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kemah-boh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemah boh..."

Catat Ulasan

Loading...