Tajuk : 3 maut
link : 3 maut
3 maut
mohdhelmi@hmetro.com.my
TIGA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 229.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas/Linggi, Rembau, pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Shariff berkata, kejadian 9.30 pagi membabitkan sembilan individu iaitu empat lelaki dan lima wanita.
Katanya, kemalangan berlaku apabila sebuah Toyota Camry dinaiki empat individu di lorong paling kanan hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah Toyota Vellfire yang berada di lorong tengah.
"Akibatnya, dua kenderaan itu terbabas dan memasuki longkang berdekatan.
"Pada kejadian ini, seorang warga emas, Keng Kim Seng, 76 maut di lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata, dua wanita, Keng Swee May, 30 dan Keng Swee Nee, 40 yang mengandung empat bulan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital KPJ Seremban, dekat sini jam 10.30 pagi.
Katanya lagi, enam individu lain parah dan patah kaki dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Menurut Ibrahim, dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Alor Gajah, Melaka menuju ke Kuala Lumpur ketika kejadian berlaku.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s98ZkC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 3 maut
Anda sedang baca artikel 3 maut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/3-maut.html
0 Response to "3 maut"
Catat Ulasan