Tajuk : Kesian Dengan Si Pembuli
link : Kesian Dengan Si Pembuli
Kesian Dengan Si Pembuli
Assalamualaikum, hai semua, jenuh aku sebab asyik tangguh je nak tulis confession ni, pasal buli. Sibuk sangat kerja nak raya ni macam2 benda nak kena selesaikan. Wow, dalam masa tak sampai bulan, 2 kes kematian telah berlaku disebabkan buli, di Malaysia. Yang pasal pelajar uni pertahanan tu satu,satu lagi pulak pasal budak india dekat penang tu, malang sekali kedua-duanya dah meninggal dunia oleh tangan budak-budak nakal dan pembuli ni.
Dahsyat jugak kes buli dekat Malaysia ni, apa nak jadi dan apa dah jadi? Dulu lama dah kes buli sampai mati ni senyap, dulu budak sekolah asrama, nasib baik lah sub bawah kes juvana. Tapi yang terbaru ni, terus masuk kes bunuh beb. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati, bukan seorang pulak tu. Sia-sia je hidup dan belajar selama 21 tahun last-last sebab nak tunjuk kuat, mati anak orang, jadi pembunuh. Kesian. Hidup tak tenang.
Tapi yang pasal adik india yang mati sebab kena sula tu dibuli hanya kerana dia berpewatakan lembut, budak-budak nakal panggil pondan. Mati sebab apa? Sebab brain-dead. Bayangkan dahsyatnya dia kena buli malam tu sampai otak tak boleh terima. Melampau la. Sebab tu la aku terasa nak buat confession ni sebab kes adik ni dekat dengan aku dulu, tapi takde lah seteruk adik ni. Dipanggil, diejek dimaki pondan tu perkara biasa lah dekat sekolah dulu.
Im not sure lah kan kaki buli ni follow ke tak iium confession ni sebab yang layan iium confession ni akak-akak abang-abang yang baik dan matang. Mesti tak sampai apa yang aku nak cakap ni. Huhu. Lantaklah. Memang aku hairan, kesian sebab Allah tak campakkan rasa belas kasihan dan empati pada pembuli ni sampai sanggup diseterikakan badan adik tu sampai 3 degree burn sampai ke kemaluan pun dan sanggup disula adik india tu. Kenapa? Apa yang ada dalam otak korang wahai pembuli?
Ni mesti terpengaruh dengan sesuatu ni, terpengaruh untuk nak nampak kuat, nak rasa digeruni, rasa hebat. Begitu? Tak pasti lah adik yang upnm tu memang dididik untuk takde rasa belas kasihan. Maksudnya, askar kan? Entah aku tak berani nak cakap, ataupun diorang misunderstood konsep ragging cara askar? Kesian korang, semata-mata nak tunjuk kuat, padahal takde sape hairan pun ko kuat ke tak ke. Orang hairan bila ko dah sampai tahap jadi pembunuh.
Aku duduk asrama, faham sangat lah buli-buli ni. Mesti punya lah, kalo dah jadi senior, mula tunjuk taring. Aku dulu jadi senior jugak, hidup bahagia je tak de nak kacau adik junior buat tu buat ni. Hidup asrama, berdikari lah sendiri kan? Paling jahat pun aku potong barisan waktu amek makanan tu pun sekali dua je. Mesti korang cakap, alahai baiknya, yer, memang aku sampai di cop senior paling baik. Sebab aku nak kurangkan masalah sesama manusia. Ada masalah tu normal lah kan, tapi bukan cari masalah.
Paling aku hairan, masing-masing kalau dah jadi senior, mesti akan cerita balik betapa teruknya dulu dia kena buli, kira dia dulu paling teruk lah. Siap cakap budak sekarang manja. Siap ngaku dia kira baik tau nak dibandingkan dulu. Kalau cerita dengan kawan-kawan sekolah lain, tak nak kalah. Lol. Makin teruk kisah silam, makin bangga la. Gitu? Aku rasa inilah punca buli diwarisi zaman berzaman, apatah lagi warden siap cakap lagi buli ni perkara biasa dan ada positifnya. Haha itu warden aku yang cakap. Positif ye positif, kalau dah sampai melarat sampai masuk kes bunuh, bunuh diri baru nak pihak dia sekolah nak menafikan. Begitulah logiknya pendidikan sosial sekolah di Malaysia.
Aku dulu kena buli dengan kawan sebaya aku tau. Dalam hati aku ek eleh kau pun bukannya kuat sangat pun, kalau dengan budak ganster sikit kau pun takut, pastu ada hati nak tunjuk kuat dekat orang macam aku ni. Tak payahlah, jadi aku peduli apa ejekkan dia tu, sebab realitinya dia pun tak sehebat mana. Paling tak boleh blah, aku kena maki depan surau oleh budak surau. Cakap aku pondan gedik, geli dengan aku. Jerit kuat-kuat depan junior. Tak ke jatuh air muka aku? Tak sangka budak surau pun sanggup.
Sebenarnya, kesian aku dekat orang yang dibuli ni, begitulah kesian aku dekat si pembuli. Sebab bagi aku pembuli ni sebenarnya nakkan perhatian, nak rasa diri digeruni, padahal tak ada apa-apa pun. Yang kena penjara atau bakal hukuman mati tu, aku tak tahu nak cakap apa, kesian korang dik. Lain kali tak payah nak tunjuk kuat sangat. Dan, tak payah nak menyesal, sebab memang itu yang patut korang dapat. Korang dah melampau sampai hilang nyawa anak orang dik. Kesian lagi mak bapak korang. Sebab anak jadi pembuli, maaf kalau aku cakap- pembunuh.
Aku dah masuk alam pekerjaan ni, tetap ada lah budaya buli membuli ni. Apatah lagi sesama kawan sekerja, pun nak buli ke? Kau pun kuli je tak payah lah nak tunjuk kuat dan hebat. Mungkin korang pembuli ni rasa hebat kat dunia, lambat laun kau akan menyesal, kalau tak kena dekat batang hidung sendiri, kena dekat anak-anak korang. If not now, later. Dosa bersangkut paut manusia ni tak mudah nak diampunkan. Kalau ye lah kau nak bertaubat, ingat, tak semudah tu Orang yang kau aniaya nak ampunkan kau nanti. Allah maha adil. Dunia ni sementara je, tenang ke hidup dengan aniaya sesama manusia ni? Ish ish ish, kesian.
mr. Incognito
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2splz2y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kesian Dengan Si Pembuli
Anda sedang baca artikel Kesian Dengan Si Pembuli dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/kesian-dengan-si-pembuli.html
0 Response to "Kesian Dengan Si Pembuli"
Catat Ulasan