Tajuk : Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
link : Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
Menyedari keunikan rasa dan aroma lemang daun lerek, Ariffin Zakaria, 58, menjadikan daun tumbuhan herba itu yang nama saintifiknya 'Phrynium pubinerve blume', sebagai pengalas lemang yang dijualnya sejak 17 tahun lalu.
Justeru itu juga tidak menghairankan gerai Ariffin atau lebih dikenali 'Cik Ipin' di Greenwood, Gombak, Selangor menjadi tumpuan orang ramai, khususnya untuk dijadikan juadah pada hari raya.
"Saban tahun saya menggunakan lebih kurang 80 guni beras untuk menampung permintaan pelanggan dan seguni beras boleh menghasilkan 200 batang lemang," katanya kepada Bernama.Dia yang mengusahakan perniagaan itu bersama isteri, Zainab Rais, 56, berkata antara 16,000 hingga 20,000 batang lemang daun lerek dijualnya setiap tahun.
"Saya juga pelbagaikan lemang iaitu lemang pulut kuning dan lemang pulut hitam yang boleh bertahan selama empat hari jika dibiarkan di dalam buluh," kata Ariffin yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Seorang pelanggan setia, Nor Nahizan Abd Majid, 38, berkata dia sanggup beratur menunggu giliran untuk membeli lemang itu.
"Saban tahun saya akan singgah beli lemang di sini sebelum membawanya pulang berhari raya di Kelantan kerana lemang ini tidak perlu dibelah buluhnya tetapi boleh ditarik terus tanpa putus atau koyak dan rasanya pula lebih enak berbanding lemang biasa," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHMxkz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
Anda sedang baca artikel Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/lemang-daun-lerek-pembuka-selera-di.html
0 Response to "Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri"
Catat Ulasan