Loading...
Tajuk : Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Kendali Kes Pertama 4 Julai Depan
link : Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Kendali Kes Pertama 4 Julai Depan
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Kendali Kes Pertama 4 Julai Depan
PUTRAJAYA: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, hari ini, akan mengendalikan kes pertama pada 4 Julai depan.
Penubuhan mahkamah itu tercetus daripada idea Perdana Menteri sendiri yang diumumkan ketika beliau berucap pada Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak di Kuala Lumpur, Mac lalu.
Mahkamah khas berkenaan bukan sahaja menjadi mahkamah pertama seumpamanya diwujudkan di negara ini, malah yang pertama di Asia Tenggara.
Ia diwujudkan bertujuan mempercepatkan tempoh pelupusan kes dan mempercepatkan giliran bagi perbicaraan kes jenayah seksual yang membabitkan kanak-kanak.
Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, buat permulaan, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman Putrajaya ini akan mendengar kes-kes yang berlaku di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Beliau berkata, penubuhan mahkamah ini nanti akan diperluaskan secara berperingkat ke semua 13 negeri di seluruh Malaysia.
"Semestinya, mahkamah ini akan dikendalikan oleh seorang Hakim Kanan Mahkamah Sesyen yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan perundangan.
"Bukan itu sahaja, malah mahkamah ini akan turut mempunyai pendakwa raya yang memiliki kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak," katanya.
Perdana Menteri berkata, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ini berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada, yang mana mengendalikan kes di mana pelaku jenayahnya adalah kanak-kanak.
"Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang baharu ditubuhkan ini adalah untuk membicarakan kes jenayah seksual, di mana mangsanya adalah kanak-kanak," katanya.-BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCYxU5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Kendali Kes Pertama 4 Julai Depan
Itulah artikel Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Kendali Kes Pertama 4 Julai Depan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Kendali Kes Pertama 4 Julai Depan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mahkamah-jenayah-seksual-terhadap-kanak.html
0 Response to "Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Kendali Kes Pertama 4 Julai Depan"
Catat Ulasan