Loading...

MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

Loading...
MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur
link : MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

Baca juga


MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggesa aktivis politik, Badrul Hisham Saharin menarik balik dakwaan yang mengatakan sebuah surau digunakan untuk acara politik.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dakwaan Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard itu tidak berasas dan berbaur fitnah.

Badrul diberi tempoh 24 jam oleh MAIS untuk berbuat demikian sebelum tindakan yang selanjutnya diambil.

“Kegagalan penulis blog berkenaan berbuat demikian boleh diambil tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa di bawah Akta Fitnah 1957,” katanya dalam kenyataan media.

Badrul dalam artikel yang ditulis pada blognya bertajuk “Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor” yang disiarkan pada 6 Jun lalu mendakwa PAS kawasan Kota Raja menyalahgunakan Surau Al-Falah di Jalan Kebun untuk program program pemukiman PRU akan datang.

PAS bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah.

Mohammad Adzib berkata, hasil pemeriksaan mendapati surau berkenaan ditutup selepas Masjid Al Falah beroperasi sejak 30 Mac 2017.

“Bangunan itu ditukar fungsi sebagai pusat ilmu dan kegiatan masyarakat dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Ia turut dibuka untuk sewaan bagi program-program untuk menampung kos operasi masjid. Ini jelas menunjukkan penulis blog tidak menyemak terlebih dahulu tentang fakta yang ditulisnya,” ujarnya.

Sehubungan itu MAIS menasihati umat Islam di Selangor menyemak kesahihan sesuatu fakta sebelum menyebarkannya di laman sosial, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Sementara itu, Chegubard dalam satu kenyataan media memohon maaf  dan menarik balik sebahagian daripada tulisannya dalam artikel berkenaan.

Menurutnya, gambar yang tersebar itu disahkan merupakan sebuah ruang solat surau yang tidak digunakan lagi sejak Mac 2017.

“Setelah mendapat respon dan diperiksa dengan penduduk setempat disahkan bahawa gambar tersebut merupakan ruang solat sebuah surau yang tidak digunakan lagi sebagai surau sejak Mac 2017 setelah Masjid Al Falah Jalan Kebun yang terletak berdekatan mula beroperasi.

“Sehubungan dengan itu saya menarik sebahagian dari tulisan tersebut yang salah fakta dan memohon maaf kepada pihak berkenaan. Saya memohon maaf juga kepada Istana Selangor berkenaan kesilapan fakta dalam persoalan yang dibangkitkan,” katanya.  – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOmoQD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

Itulah artikel MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/mais-gesa-tarik-balik-dakwaan-chegubard.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur"

Catat Ulasan

Loading...