Loading...

MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA

Loading...
MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA
link : MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA

Baca juga


MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan mengadakan majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras yang sepatutnya diadakan di Masjid An-Nur, Pekan Kundang Ulu, Tangkak.

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat berkata, larangan itu disampaikan melalui surat yang difaks ke pejabat pusat komuniti Parlimen Pagoh pada pagi tadi oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.

“Betul surat tu. Pagi tadi difaks. Kita sebenarnya buat majlis itu atas nama Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sebagai anggota parlimen bukan parti.

“Ini bukan ceramah politik, kita cuma nak sampaikan sumbangan dan ia dibuat di perkarangan masjid bukan di dalam,” katanya kepada Malaysiakini.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan sumbangan beras kepada masjid serta madrasah di Parlimen Pagoh di perkarangan Masjid An-Nur pada Sabtu ini.

Dalam surat bertarikh 31 Mei yang ditanda tangani oleh Kadi Daerah Tangkak, Mohd Nasri Rahman memberitahu, keputusan tidak membenarkan majlis itu dibuat berikutan anggota jawatan kuasa Masjid An-Nur tidak bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Muhyiddin.

Menurut surat berkenaan, perkara berkenaan dibuat bagi menghormati kepentingan semua pihak.

“Setelah mengambil kira pandangan kepimpinan daerah dan juga keputusan AJK Masjid An-Nur Pekan Kundang Ulu, Tangkak, pihak kami bersependapat tidak dapat memberi persetujuan dalam memberi kebenaran menganjurkan majlis tersebut di atas menghormati kepentingan semua pihak,” petik surat tersebut.

Selain itu, Tahir juga memberitahu, beliau yang merupakan individu bertanggungjawab membuat permohonan untuk mengadakan majlis berkenaan melahirkan rasa kecewa dan terperanjat dengan keputusan tersebut.

“Sudah tentu saya terperanjat dan kecewa dengfan kejadian ini. Nampak macam ada permainan tertentu.

“Jadi kita sekarang dah tukar lokasi dan lokasi tersebut kita tumpang di rumah orang. Rumah tersebut tidak jauh daripada masjid itu,” katanya lagi.

Selain adalah bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin juga merupakan bekas timbalan presiden Umno.

Beliau pada bulan Julai 2015 digugurkan sebagai timbalan perdana menteri selepas lantang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas berhubung skandal 1MDB dan deposit berbilion ringgit yang berada dalam akaun bank peribadinya.

Pada Jun 2016, Muhyiddin juga dipecat sebagai timbalan presiden Umno.

Beliau kemudiannya bergabung dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk parti serpihan BERSATU.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqvlzc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA

Itulah artikel MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/muhyiddin-dilarang-anjur-majlis-berbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MUHYIDDIN DILARANG ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA"

Catat Ulasan

Loading...