Loading...
Tajuk : Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi
link : Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi
Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi
SHAH ALAM - Kira-kira 100 pelabur skim permainan wang MBI International Group dari China dikatakan akan datang ke Kuala Lumpur bagi mengadakan perhimpunan aman dan menuntut kerugian daripada syarikat berkenaan.
Difahamkan, jumlah wang yang dilaburkan mereka mencecah 50 juta Yuan ( RM31.39 juta).
Menurut laporan Oriental Daily, kira-kira 69 pelabur dari Hunan telah bersetuju untuk datang ke Kuala Lumpur hari ini dengan harapan dapat bertemu pegawai tertinggi syarikat serta dapat memulangkan wang yang dilaburkan mereka.
Manakala sekumpulan lagi dari GuangZi juga bersetuju untuk datang ke ibu pejabat MBI International Group di Kuala Lumpur dan berhasrat mendapatkan balik wang pelaburan mereka setelah mendapat tahu pengasas syarikat telah ditahan polis baru-baru ini.
Pada Isnin lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan pengasas kepada syarikat skim permainan wang itu di premisnya di Taman MBI Desaku di Kulim, Kedah.
MBI diasaskan tujuh tahun lalu oleh Tedy Teoh.
MBI, pengendali platform saham elektronik besar, disiasat pelbagai pihak berkuasa kerana didakwa beroperasi tanpa lesen jualan langsung, mempromosikan skim piramid dan pengubahan wang haram.
Kumpulan 27 syarikat itu mempunyai kira-kira 4.5 juta ahli di Malaysia dan China. - Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0l3cJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi
Itulah artikel Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pelabur-skim-permainan-wang-tuntut.html
0 Response to "Pelabur skim permainan wang tuntut ganti rugi"
Catat Ulasan