Loading...

Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Loading...
Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes
link : Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Baca juga


Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

PUTRAJAYA – Selangor diminta mempergiatkan usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk eedes bagi mengawal penyakit denggi, virus Zika dan Chikungunya yang dibawa vektor tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata, kes denggi masih menjadi isu utama di negara ini dengan Selangor menjadi penyumbang kepada lebih 50 peratus bagi keseluruhan kes penyakit tersebut di Malaysia.

“Kita juga melihat trend peningkatan penyakit ini yang mana untuk beberapa bulan sebelum ini, jumlah kes denggi dicatatkan antara 1,600 ke 1,800 kes sebulan, meningkat kepada 2,233 kes pada 4 hingga 10 Jun lalu (minggu ke-23) dan 2,302 kes (28 Mei-3 Jun, minggu ke-22 ),” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.

Jumlah terkumpul kes denggi hingga minggu ke-23 menurun kepada 43,087 berbanding 52,185 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Justeru beliau menyeru semua pihak termasuk individu, masyarakat, kerajaan tempatan dan negeri untuk bekerjasama dalam memerangi tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mengelak kes itu daripada terus meningkat.

Dr Subramaniam berkata sempena Hari Denggi ASEAN yang disambut esok, kerjasama pada peringkat serantau masih diteruskan bagi mencari penyelesaian penyakit tersebut.

“Dengan tema, ‘United Fight Against Dengue’, kesemua negara ASEAN berkongsi maklumat, kajian dan pendekatan yang diambil untuk mengawal penyakit tersebut yang dialami seluruh negara ASEAN,”katanya.

Mengenai kes remaja Pulau Pinang yang dipukul sekumpulan bekas teman sekolah Sabtu lalu, Dr Subramaniam berkata khidmat perubatan akan diteruskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Dia diisytiharkan mati otak, tetapi melalui mesin kita akan pastikan saluran oksigen mencukupi, pengaliran darah berlaku dan jantung masih berdenyut seperti biasa. Dan kalau itu dapat kita teruskan, kita akan cuba merawat setiap pesakit seberapa lama yang boleh,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgpyeU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Itulah artikel Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/perangi-tempat-pembiakan-nyamuk-aedes.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes"

Catat Ulasan

Loading...