Loading...

Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online

Loading...
Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online
link : Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online

Baca juga


Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online

 
Antara barangan yang dirampas termasuk majerin ganja dan susu dicampur ganja.
 
 
kek-dadah-honey

KUALA LUMPUR: Ganja dijual secara online dengan menggunakan pelbagai taktik, termasuk memasarkannya dalam bentuk susu, coklat, madu, dan kek.

Bagaimanapun, sindiket terbabit yang berpengkalan di Klang ditumpaskan polis Jumaat lalu.

Dalam operasi membabitkan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, polis menahan 3 individu termasuk pesara tentara yang mengetuai aktiviti itu sejak 5 bulan lalu.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang, berkata kek, coklat dan susu antara kelicikan yang digunakan 3 individu terbabit menjual dadah jenis ganja secara online, sebagai usaha mengaburi mata pihak berkuasa.

Dua lelaki warga tempatan berusia 38 dan 58 tahun ditahan, di samping seorang wanita Indonesia berusia 35 tahun.

Polis juga berjaya merampas 18 pokok ganja, 4kg serbuk ganja, 72kg benih ganja, 4 liter cecair minyak dadah, 1.4kg coklat ganja, 125 liter madu ganja, 2 liter majerin ganja, 1 liter susu dicampur ganja, 400 gram kek ganja serta alat pemprosesan ganja berjumlah RM16,000.

Kang berkata kumpulan yang menggunakan jolokan nama “Dr Ganja” turut menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tujuan penjualan dadah.

Perkhidmatan itu juga bagi mengubati semua jenis penyakit yang tidak mampu dirawat dihospital.

“Harga bagi kek campuran ganja sebiji RM25, madu RM50 dan coklat sekeping RM5,” katanya.

Katanya, kes jualan ganja secara online itu yang pertama dikesan bagi tahun ini selepas 2015 dan 2016.

Semua suspek direman 7 hari sehingga 2 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kang berkata antara 1 Januari hingga 25 Mei 2017, polis berjaya merampas 1,325kg dadah bernilai RM99.36 juta.

“Daripada jumlah itu sebanyak 76,738 orang ditangkap melibatkan warga tempatan dan asing,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Thus Article Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online

Itulah artikel Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/polis-tumpas-trio-dr-ganja-jual-kek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis tumpas trio ‘Dr Ganja’ jual ‘kek’ online"

Catat Ulasan

Loading...