Loading...

PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam

Loading...
PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam
link : PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam

Baca juga


PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Sarawak sudah menyenarai pendek calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pujut.
 
Ketua Penerangannya, Mohammad Afiq Mhd Khazar berkata, calon yang disenarai pendek itu termasuk bukan Islam dari kelab penyokong parti. 
 
"Kita (PAS Sarawak) mahu menawarkan calon terbaik untuk PRK Pujut dan jentera pilihan raya kita sudah bersedia untuk menghadapinya. 
 
"Jika pimpinan pusat membuat keputusan untuk bertanding, kami sudah ada calon untuk ditampilkan," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Mengenai peluang mereka di kerusi majoriti pengundi Cina itu, Afiq berkata, parti itu yakin mampu memberi cabaran walaupun mereka mendapat kurang daripada 500 undi pada PRN-11. 
 
"PRN-11 tahun lalu pertama kami bertanding di kerusi majoriti Cina di Pujut. Walaupun kita meletakkan calon Melayu, PAS mampu mendapat undi yang menggalakkan.
 
"Kini terdapat perkembangan baharu dalam masyarakat Cina di Pujut apabila ramai yang sudah bosan dengan DAP dan mungkin mempunyai sentimen yang sama terhadap BN," katanya.
 
Pada PRN lalu, PAS mempertaruhkan Pesuruhjaya Sarawak, Jofri Jaraiee untuk bertanding di kerusi tersebut.
 
Jofri memperoleh 413 undi dalam saingan empat penjuru, dan tewas di tangan calon DAP Dr Ting Tiong Choon, yang mendapat 8,899 undi dan memenangi kerusi itu.
 
PRK DUN Pujut diadakan susulan keputusan sidang DUN Sarawak pada Mei lalu yang sebulat suara bersetuju melucutkan keanggotaan Dr Ting sebagai ADUN kawasan itu selepas beliau didakwa turut memiliki kewarganegaraan Australia.
 
 


Thus Article PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam

Itulah artikel PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/prk-pujut-pas-sarawak-senarai-pendek.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRK Pujut: PAS Sarawak senarai pendek calon termasuk bukan Islam"

Catat Ulasan

Loading...