Loading...

Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau

Loading...
Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau
link : Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau

Baca juga


Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau


Hubungan tegang Qatar dengan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir mencapai titik kemuncak yang belum pernah berlaku sebelum ini, selepas keempat negara itu memutuskan hubungan diplomatik.

Dalam sebuah langkah yang terancang supaya pemerintah Qatar tunduk pada desakan mereka untuk menghentikan pemberian dana kepada 'pengganas', negara-negara jiran Qatar di Teluk Arab juga menutup sempadan mereka dengan negara kaya tersebut. Manakala Mesir pula menutup ruang udara dan pelabuhan bagi semua jenis pengangkutan Qatar.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dalam mengulas hal ini mengatakan ia berpunca daripada peranan besar Qatar dalam dunia Islam hari ini ketika mana negara Arab lain tidak mempedulikan nasib umat Islam.

"Qatar memang sebuah negara Islam yang banyak menolong pejuang-pejuang Islam, negara-negara Islam yang mempunyai krisis dengan negara kafir, Qatar akan menyebelahi negara Islam.

"Dalam peristiwa Morsi menjadi Presiden Mesir, yang pertama mengucapkan tahniah kepada Morsi adalah Qatar.

"Mereka yang memberi sumbangan untuk ekonomi mesir adalah Qatar.

"Qatar adalah pemimpin yang menyebelahi Ikhwanul Muslimin di Mesir."

Ustaz Azhar Idrus juga menceritakan bahawa ketika perang Afghanistan yang berlaku pada tahun '80-an dengan Amerika, Rusia, beberapa orang buruan Amerika yang diburu telah bersembunyi di Qatar dan mendapat jaminan keselamatan oleh pemimpin Qatar. Dr. Yusof Al Qaradawi yang mahu dibunuh juga antara yang turut berlindung di Qatar.

"Qatar banyak menganjurkan ijtima' program-program menyukarkan tipu daya Amerika dan Israel, sebab itulah musuh yang paling dibenci dalam negara-negara Islam adalah Qatar.

"Sebab itulah sehari selepas lawatan Trump di Saudi, keesokannya sudah diisytiharkan untuk meranapkan Qatar ini.

"Jadi kita kena faham siapakah Qatar, Qatar ialah sebuah negara Islam yang menyokong umat Islam dan parti-parti Islam di seluruh dunia.. yang menyokong perjuangan mujahidin di seluruh dunia untuk membebaskan dari penjajah-penjajah barat iaitu Yahudi dan Nasrani."

Ustaz Azhar turut menyeru kepada semua untuk mendoakan Qatar yang ramai dengan ulamak yang sentiasa bercita-cita ingin melihat kejayaan Islam mengalahkan Israel.

Bercerita pula tentang krisis yang berlaku di Yaman suatu ketika dulu, di mana ketika itu Yaman dipimpin oleh Abdul Hadi yang merupakan seorang penyokong Morsi dan Ikhwanul Muslim dan sentiasa memberi perlindungan kepada pejuang mujahidin, telah menimbulkan rasa tidak senang Israel dan Amerika.

Tonton video di atas untuk penjelasan lebih lanjut tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara umat Islam.

Ulasan krisis Qatar: Minit (0:01-3:40)
Ulasan krisis negara Islam lain: Minit (3.41-7:17)


Sumber: Laicikang


Thus Article Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau

Itulah artikel Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ustaz-azhar-idrus-dedah-siapa-qatar-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau"

Catat Ulasan

Loading...