Tajuk : Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 & Gayakan Kembali Baju Pengantin Yang Sama Dipakai Dulu
link : Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 & Gayakan Kembali Baju Pengantin Yang Sama Dipakai Dulu
Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 & Gayakan Kembali Baju Pengantin Yang Sama Dipakai Dulu
Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 & Gayakan Kembali Baju Pengantin Yang Sama Dipakai Dulu
Menjadi detik penuh bermakna dan impian bagi setiap individu apabila perkahwinan dan keluarga bahagia yang dibina mampu dipertahankan sehingga memasuki usia emas. Dikelilingi anak-anak dan cucu tersayang, disamping pasangan tercinta yang masih kekal setia bersama dari mulanya ikatan perkahwinan.
Kagum melihat kisah pasangan warga emas ini. Pertama, mampu mempertahankan hubungan perkahwinan hingga mencecah setengah abad. Suatu tempoh yang bukan sekejap. Kedua, masih muat pakai semula baju kahwin yang dipakai masa berkahwin dulu. Memang mengamalkan gaya hidup sihat, bentuk tubuh kekal tak berubah. Yang mana rata-rata kita hari ini, bukan kata baju kahwin, baju dua tiga tahun lepas pun belum tentu muat lagi.
Memetik sumber dari SWNS.com, pasangan warga emas Carole-Ann (71) dan Jim Stanfield (74) ini, adalah pasangan suami suami yang wajar dicontohi dalam mempertahankan keharmonian rumahtangga yang dibina selama 50 tahun.Lebih istimewa,pasangan ini meraikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 dengan mengenakan pakaian pengantin yang mereka pakai pada majlis perkahwinan mereka lebih lima dekad yang lalu iaitu pada Oktober 1966.
Pakaian pengantin yang disimpan bertahun-tahun dahulu ini dijumpai cucu perempuan mereka, Hayley, sewaktu dia sedang menggeledah mencari gambar-gambar kenangan lama.Hayley kemudiannya merayu kepada pasangan ini untuk mengenakan pakaian tersebut. Walaupun berat hati pada mulanya Carole-Ann dan Jim akhirnya bersetuju dan terkejut apabila mendapati pakaian-pakaian tersebut masih padan untuk digayakan.
Saling Menghormati dan Sering Ketawa Bersama Tip Bahagia
Pasangan ini bertemu buat kali pertamanya pada tahun 1962 di sebuah kelab tempat Jim bekerja.
“Jim tertarik dengan rambut perang saya dan saya sukakan sifat lucunya. Dia sangat kelakar dan sentiasa membuat saya tertawa. Saya rasa itu adalah antara rahsianya,” jelas Carole-Ann kepada akhbar Daily Mail.
50 tahun kemudian, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, enam orang cucu dan memori lucu dan indah yang bernilai sepanjang mereka mengharungi hidup bersama.
Tahun demi tahun silih berganti, perasaan cinta dan kasih sayang pasangan ini tetap utuh seperti dahulu.
“Hari ini ramai yang bertemu pasangan mereka melalui talian, dan kami mungkin tidak akan bertemu sekiranya menggunakan cara ini kerana minat kami sangat berbeza,”
“Dan kami sangat menghormati antara satu sama lain dan kami banyak ketawa bersama. Sebab itulah hubungan kami tetap utuh sehingga ke hari ini”, jelas Jim.
Semoga tip kebahagiaan pasangan ini boleh dijadikan pengajaran buat kita dalam membentuk keluarga bahagia yang kekal hingga ke hujung usia.
Sumber: SWNS.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0I6mQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 & Gayakan Kembali Baju Pengantin Yang Sama Dipakai Dulu
Anda sedang baca artikel Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 & Gayakan Kembali Baju Pengantin Yang Sama Dipakai Dulu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/raikan-ulang-tahun-perkahwinan-ke-50.html
0 Response to "Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 & Gayakan Kembali Baju Pengantin Yang Sama Dipakai Dulu"
Catat Ulasan