Loading...

Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei

Loading...
Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei
link : Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei

Baca juga


Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei



ARKIB : 01/08/2005

KUALA LUMPUR - Ramezeay Che Ros yang tidak tersenarai dalam 22 pemain skuad bawah 23 tahun negara ke Poland Selasa ini, kembali dipilih oleh ketua jurulatih, Bertalan Bisckei.

Penyertaan Ramezeay sebagai penjaga gol di samping Saiful Amar Sudar dalam kunjungan dua minggu ke Poland dibuat berikutan kecederaan pemain pilihan utama Bisckei, Anis Faron Arsidi.

Kelmarin, skuad yang sedang dalam persediaan menghadapi Sukan SEA XXIII di Manila, November ini, mengalahkan Negeri Sembilan 3-1 pada perlawanan persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Khairulzal Azmi Zaihiruddin, Fadzli Shaari dan Safee Sali menjaringkan gol sekali gus mencatatkan dua kemenangan pasukan selepas empat perlawanan persahabatan dengan pasukan liga perdana sejak lebih dua minggu lalu.

Sejak dikumpulkan dalam sesi latihan pusat pada 17 Julai lalu, skuad bimbingan jurulatih kelahiran Hungary ini seri dengan MK Land 1-1, mengalahkan Kuala Lumpur 1-0 dan kalah kepada Telekom Melaka 0-1.

Mengenai perlawanan dengan Negeri Sembilan, naib juara Liga Perdana itu, Bisckei berkata, permainan pasukan menunjukkan kemajuan dengan kesemua 22 pemain ke Poland ini mendapat peluang membuktikan kemampuan masing-masing.

Sekurang-kurangnya tiga perlawanan sedang diatur sempena kunjungan ke negara Eropah Timur itu termasuk menentang skuad bawah 21 tahunnya dan kelab bahagian dua dan tiga.

``Saya sedang menguji Fadzli sebagai ketua pasukan apabila bermain di Poland. Sukar bagi saya mencari calon lain bagi tugas itu tetapi kita masih ada banyak masa untuk mengubah suai,'' kata beliau.

Selepas ke Poland, skuad yang disasarkan meraih pingat emas di Manila ini, akan bermain pada Kejohanan Pra Sukan SEA di Thailand, dan berkunjung ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada September dan Oktober.

Barisan pemain

Penjaga gol: Saiful Amar Sudar, Ramezeay Che Ros.

Benteng: K. Linggam, Razman Roslan, S. Sathiakumaran, K. Puvendran Naidu, Ahmad Azlan Ismail, Faizal Desa, Saiful Mohamad, Ronny Harun.

Tengah: Fadzli Shaari, Zairo Anuar Zalani, Zulkifli Yusof, Harizul Izuan Rani, Azi Shahril Azmi, Ghazali Zainul Rashid.

Penyerang: R. Surendran, Haris Safwan Kamal, Khairulzal Azmi, Safee Sali, Amir Shahreen Mubin, Badrul Azam Zamri.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2ss7C0W
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei

Itulah artikel Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ramezeay-kembali-dalam-senarai-bisckei.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramezeay kembali dalam senarai Bisckei"

Catat Ulasan

Loading...