Loading...

Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan

Loading...
Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan
link : Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan

Baca juga


Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dan sekitar paras 4.2, didorong oleh sokongan belian pelabur tempatan dan asing susulan pemulihan ekonomi global serta perkembangan ekonomi tempatan yang positif.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata ringgit semakin mendapat momentum yang dijangkakan oleh pakar ekonomi sebagai aliran berterusan.

Bercakap kepada Bernama, Nazri Khan berkata laporan berita mengenai cadangan penggabungan dua bank tempatan - RHB Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd yang akan menjadi urus niaga perbankan terbesar negara, turut menyemarakkan keyakinan para pelabur selain menggalakkan pengaliran masuk dana asing ke Malaysia.

Dua bank berkenaan telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan rundingan penggabungan itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula berkata, langkah BNM mengetatkan kawalan ke atas spekulator mata wang yang menggunakan kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) pasaran luar pesisir untuk membuat spekulasi ke atas ringgit, membuahkan hasil apabila mata wang itu bertambah baik manakala pelabur portfolio asing juga mulai kembali,

Beliau berkata banyak firma penyelidikan, bank pelaburan dan pengurus dana seperti BNP Paribas Investment Partners, Deutsche Bank, Western Asset Management dan Fidelity International turut menyuarakan keyakinan terhadap Malaysia.

"Pelabur portfolio asing juga telah kembali sejak April lepas iaitu 10 peratus daripada wang berkenaan telah kembali kepada kerajaan Malaysia serta bon bank pusat.

"Kalangan firma penyelidikan, bank pelaburan dan pengurus dana semuanya sependapat bahawa bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat dan aliran keluar dana asing secara ketara telah berakhir," katanya semalam.

Beliau juga menyifatkan ringgit telah menunjukkan peningkatan secara berterusan tahun ini dan menjadi mata wang yang mencatat prestasi terbaik di peringkat serantau pada April 2017.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit bergerak antara paras 4.2705 dan 4.860 berbanding dolar AS manakala bagi perbandingan asas Jumaat ke Jumaat, ia diniagakan lebih tinggi pada 4.2790/2820 berbanding dolar AS daripada 4.3440/3470, minggu lepas.

Unit tempatan itu ditutup kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama pada minggu ini.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0873/0901 daripada 3.0844/0886 pada Jumaat lepas namun naik berbanding yen Jepun kepada 3.8380/8417 berbanding 3.8452/8496 sebelum ini.

Ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.5062/5105 daripada 5.4912/4955 sebelum ini dan lemah berbanding euro kepada 4.8015/8053 daripada 4.7859/7897, Jumaat lepas.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rm7FxB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan

Itulah artikel Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ringgit-dijangka-tinggi-berbanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ringgit dijangka tinggi berbanding dolar AS minggu depan"

Catat Ulasan

Loading...