Loading...

Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal

Loading...
Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal
link : Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal

Baca juga


Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal

ALOR SETAR: Polis Kedah hari ini menasihati masyarakat agar berhati-hati ketika membuat urus niaga dalam talian susulan kewujudan sindiket yang dipercayai menggunakan perisian pengintip 'spyware' untuk memperoleh maklumat urus niaga sebelum 'mencuri' pembayaran.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata kewujudan sindiket itu dikesan susulan kes seorang pemilik syarikat minyak kapal yang kerugian RM4.5 juta selepas wang yang disangkakan dibayar kepada pembekal sebenarnya masuk ke akaun pihak ketiga yang menyamar.

Katanya lelaki berusia 47 tahun dari Sungai Petani itu mendakwa dia melakukan dua transaksi melibatkan akaun sebuah bank di Greensboro, North Carolina, Amerika Syarikat dan sebuah bank di Hong Kong, masing-masing pada 31 Mei dan 2 Jun lalu.

"Pengadu hanya menyedari ditipu selepas dihubungi pihak pembekal sebenar yang menuntut bayaran dibuat dan pengadu membuat laporan polis pada 8 dan 10 Jun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Asri berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya sindiket menggunakan spyware untuk mengintip urus niaga syarikat lelaki itu dengan pembekal bagi mendapatkan salinan komunikasi antara kedua-dua syarikat.

"Setelah memperoleh maklumat berkaitan urusan dua syarikat itu ahli sindiket akan mewujudkan e-mel palsu yang seakan-akan e-mel pemilik syarikat pembekal untuk membuat rujukan dan membuat invois bayaran seperti asal dan meminta mangsa membuat pembayaran ke akaun bank," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama polis antarabangsa bagi membantu siasatan kes yang dibuat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya minta pihak syarikat tidak ambil mudah hal ini dan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak pembekal sebelum membuat bayaran ke akaun lain daripada yang kebiasaan kerana jika mangsa tidak betul-betul membuat pengesahan mereka akan tertipu atas kecuaian sendiri," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqUWLm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal

Itulah artikel Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/usahawan-minyak-kapal-ditipu-rm45-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Usahawan minyak kapal ditipu RM4.5 juta oleh pihak menyamar jadi pembekal"

Catat Ulasan

Loading...