Loading...

Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular

Loading...
Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular
link : Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular

Baca juga


Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular


SATU rakaman video memaparkan seorang nenek membelasah seorang kanak-kanak perempuan tanpa belas ihsan di Selangor kini menjadi tular menerusi laman Facebook.

Menerusi rakaman itu, kanak-kanak malang berusia lingkungan lima tahun itu dipukul dipercayai gara-gara tertumpah air di atas meja makan dalam kejadian dipercayai di Taman Puchong Perdana, Puchong.

Berang dengan hal itu, wanita berkenaan dilihat mengarahkan kanak-kanak itu beredar dari meja makan sebelum memukulnya dengan menggunakan sebatang kayu secara bertubi-tubi.

Kanak-kanak itu dilihat menangis dan meraung ketika dipukul sambil menggosok-gosok badannya kerana terlalu sakit.


Insiden pukul itu bagaimanapun tidak berakhir disitu, sebaliknya wanita kemudian bertindak menampar muka, menendang dan memukulnya kanak-kanak tersebut sekuat hatinya.

Menerusi video berdurasi dua minit 48 saat itu, turut kedengaran wanita itu berkata dalam bahasa Tamil bahawa dia tidak kisah jika video yang dirakam menjadi viral.

Individu yang merakam video ini kemudian dipercayai memuat naik di laman sosial sebelum dikongsi netizen lain.

Kanak-kanak yang didera itu dipercayai dijaga oleh suspek buat sementara waktu dan bukan ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azlin Sadari mengesahkan menerima laporan berhubungan kejadian itu.

Menurutnya, wanita berkenaan telah pun ditahan untuk siasatan manakala, mangsa sudah diselamatkan. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular

Itulah artikel Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/video-nenek-baran-belasah-budak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video Nenek Baran Belasah Budak Perempuan Tular"

Catat Ulasan

Loading...